Friday 10 April 2020

Mika - Chapter 4

2 bulan kemudian.

Latihan combat hari ini diganti dengan latihan menembak kerana guru pengajar tidak dapat menghadirkan diri pada saat akhir. Suasana begitu riuh apabila guru yang diganti masih belum tiba.

"Aku dengar, Proff Engress sedang mengawal ketat setiap base sebab ada dikalangan kita semua yang sudah bersedia untuk menjadi pengkhianat untuk merosakkan projek mereka yang bertahun mereka cipta." Edana tersenyum sambil menyelak buletin iluminati.

"Siapa yang berani menjadi pengkhianat tu?" Lirikan mata Amber memerli Mika dari jauh yang sedang berlatih menggunakan senapang.

Mika hanya memekakkan telingannya. Baginya, dia tidak ada masa untuk melayan perkara remeh seperti itu. Dia perlu menjadi kuat supaya semua orang tunduk padanya.

Tiba-tiba, bahu Mika dirangkul oleh Acelin. "Jangan layan diaorang. Lebih baik kau layan aku."

Mika mengambil tangan Acelin dan memulasnya ke belakang.

"Hey, kau nak tunjuk hebat ke!"

Bunyi derapan kaki Amber berjalan laju ke arah Mika tidak langsung menggetarkan jiwa Mika. Mika terus sambung melakukan latihannya.

Amber menarik kolar Mika.

BAM!

Semua terdiam.

"Kalau kau anak murid kesayangan Madam sekalipun, aku tidak teragak-agak untuk menembak. Daripada kau sibuk cari pengkhianat, lebih baik kau cek diri kau samada kau adalah pengkhianat tersebut."

Tembakan Mika yang tepat mengenai rambut Amber dan menyebabkan rambutnya sedikit pendek di bahagian kiri hanya mampu membuatkkannya terdiam. "Kau tidak akan lepas dari perkara macam tu. Target kau pun, aku tak pernah nampak kau tempak dengan tepat!"

Amber menggunakan kelemahan Mika kerana dia tidak sekalipun melihat Mika menembak mangsa sepanjang latihan.

Tanpa melihat papan dek, Mika terus menembak tepat di tengah bulatan dek sebanyak 5 kali. "Cukup? Aku tak pernah tembak manusia lagi sebab aku save benda tu dekat orang yang betul-betul aku nak je." Insyarat mata Mika cukup memberi maksud yang dia ingin menembak Amber.

"Semua berkumpul. Sarjan Athan sudah datang."

..

"Tugas kalian hari ini adalah memburu 5 orang tahanan yang aku sudah lepaskan dalam ruangan 2. Siapa yang mampu membunuh antara 5 orang, aku akan bagi dia lencana emas bagi setiap seorang yang dibunuh. Ingat, misi kalian membunuh 5 orang ini. Jika ada yang menghalang, kalian boleh menggunakan pelbagai cara untuk memastikan misi kalian berjalan dengan lancar."

Dia Base Witch, mereka dinilai dengan menggunakan lencana. Lencana gangsa hanya mewakili 3 point, lencana perak mewakili 8 point manakala lencana emas mewakili 15 point. Jika mereka mampu mengumpulkan 100 point, mereka layak untuk mengutarakan perlawanan di mana perlawanan tersebut adalah untuk mengambil separuh point pihak lawan.

Jika mereka berjaya mengumpulkan 1000 point ataupun mengalahkan pelatih yang membunyai point tertinggi, namanya akan diserahkan kepada pihak atasan untuk diserap ke dalam team satan dengan syarat, harus lulus beberapa ujian.

Semua pelatih diarahkan masuk ke ruangan 2 di mana ruangan tersebut mempunyai keluasan 10 ekar. Ruangan trsebut dihiasi dengan pelbagai bagunan rekaan untuk melindungi diri.

Semua pelatih hanya dibekalkan sepucuk pistol dengan 15 biji puluru dan satu pisau kombat.

Mika mencari tempat yang sesuai untuk menyembunyikan dirinya. Dia tahu, dia mungkin dikepung oleh beberapa orang yang cuba mengambil kesempatan mencederakannya.

BANG

Bunyi aksi tembak menembak telah bermula. Mata Mika tajam memerhati sekeliling. Dia juga menggunakan kaca yang dijumpainyya untuk melihat sisi buta.

Tiba-tiba, dia melihat seorang wanita berpakaian oren sedang ketakutan bersembunyi di sebalik pokok.

Wajah Mika mempamerkan riak yang menjengkelkan. Dengan pantas, badannya bersedia untuk menembak wanita tersebut.

BANG

Mika berpaling ke arah seorang yang sedang berada sejauh 50 meter dari kedudukannya. Keene, salah seorang musuh ketatnya cuba menyerang mangsa yang sama, namun dengan sengaja dia hampir menembak Mika.

Mika tersengeh sambil mengeluarkan lidahnya, dia berguling ke arah yang lebih selamat. Mika memerhati satu kain yang berada di dahan pokok, tepat di atas kepala Keene. Dengan dua kali tembekan, dahan tersebut jatuh ke atas kepala dan kain tersebut menghalang pandangan Keene.

Wanita yang bersembunyi tadi sudah berlari ke arah lain. Mika mengejar perlahan sambil berhati-hati jika ada pelatih lain yang cuba melakukan adegan yang sama.

BANG

Nasib Mika baik kerana dalam masa dia mengejar wanita tadi, dia melihat seorang lelaki juga sedang berlari perlahan. Dia berjaya membunuh dua mangsa.

Mata Mika menangkap Amber yang hendak menembaknya. Mika segera menyembunyikan dirinya, namun tembakan Amber terkena pada bahunya. Mika mengoyakkan seluarnya dan terus mengikat bahunya sepantas kilat.

Matanya tidak lari dari memerhati sekeliling. Budak tu memang tempah maut. Dengan kudrat yang ada, Mika memanjat bagunan dan bergayut di atas celahan bagunan. Dia mencari susuk tubuh Amber.

Mika menggerakkan badannya tanpa sebarang bunyi. Dia cuba menahan sakit bahunya. Baginya, itu bukanlah sakit yang luar biasa seperti di dalam penyiksaannya.

"Aku nampak minah tu ada dekat sini. Aku berjaya tembak bahunya."

Acelin setuju dengan kata-kata Amber.

"Arghh."

Acelin melihat kaki Amber yang mula mengalirkan darah. Amber tidak boleh bergerak kerana pisau tersebut sangat dalam. Dia cuba menyentap keluar pisau tersebut.

"Dari mana pisau ni datang. Kod kombat ni nampaknya dari Mika."

Amber dan Acelin memerhati sekeliling.

Mika menjatuhkan dirinya tepat duduk di tengkuk Acelin dan menggulingkan badannya sehingga Acelin berputar 360 darjah ke atas dan berakhir dengan Mika duduk di belakang Acelin. Tangannya sempat mencuri postol Acelin dan mengarahkannya ke Amber manakala tangan sebelahnya lagi ke kepala Acelin.

"Permainan kanak-kanak ni masih mentah untuk korang."

BANG

Amber menutup matanya.

Acelin memandang seorang wanita berpakaian oren yang jatuh terkulai di semak samun belakang Amber.

"Latihan tamat. Tahniah kepada Edana kerana berjaya membunuh seorang, Pilan kerana berjaya membunuh seorang dan Mika kerana berjaya membunuh 3 orang."

Mika tersenyum puas dan melepaskan Acelin. "Tunggu 100 tahun lagi sebelum kau berjaya bunuh aku."

..

No comments:

Post a Comment