Saturday 10 September 2016

HIPOkrit

Aku sedar, sesetengah manusia rasa selesa menjadi diri yang sebenar.. Menjadi diri yang sebenar memang penting sebab kita jujur dengan diri sendiri dan orang lain.. Tapi, orang yang hipokrit juga x kalah ramainya.. Senang citer dlm bumi ni, dua-dua jenis manusia ni wujud..

Aku pernah tanya diri aku, aku tergolong dalam golongan mana? Aku suka mnjadi diri sendiri.. Tapi, diri aku ni teruk sgt.. Aku suka hipokrit.. Tapi, aku benci penipuan.. so, apa yang patut aku lakukan?Aku tergolong dalam manusia yang macam mana?

Bila difikirkan balik.. Aku benci orang yang berkata tentang aku yang hakikatnya setiap perkataan yang dikatakan oleh orang tu x sama langsung dengan sifat aku yang sebenar.. So, disebabkan itu aku mula mnjadi seorg pndiam dn bermulalah kehidupan hipokrit aku..

Aku pernah mendengar senior aku cakap; setiap kebaikan kekdang bermula dengan sifat hipokrit.. So, bila dah agak lama aku menjadi hipokrit aku mula perasan yang setiap benda yang aku buat pada mulanya berniat salah, sifat tu makin lama menjadi sebati dalam diri aku..

So, moralnya.. Sesuatu sifat negative yang Allah wujudkn tu sebenarnya klu kita ubah dia.. mesti boleh jadi sesuatu yang berguna dalam diri kita.. POSITIFKAN DIRI ANDA AGAR DAPAT MENUKAR SIFAT NEGATIF DALAM DIRI ANDA..

Tuesday 6 September 2016

POSITIF vs negaTIF

Sekarang ni aku banyak lah juga baca pasal kondem artislah.. berita yang lain dari apa yang dibuat.. Tarik diri dari lakukan perkara baik.. semuanya satu je.. pemikiran NEGATIF..

Bila aku buka Facebook, or Twitter, or Instagram or whatever laman IT lah zaman sekarang ni, aku banyak tengok sesuatu yang negative yang diuploadkan.. Contohlah; perbualan korang dalam wasap discreenshootkan dan diuploadkan di media social and memasing duk cemuh perbualan tu.. ataupun bila org mengepost sesuatu yang positif (even negatif pun) mesti banyak je komen yang negatif dan aku yakin 200%.. dari 10 orang yang komen, mesti ada 8 orang yang akan komen benda negatif..

Perkara ni, seolah-olah perkataan positif tu boleh dijumpai dekat muzium Melaka je.. Dah jadi sejarah..

Aku x ckp, semua perkataan negatif tu salah.. Sbb aku yakin, semua perkara yang Allah wujudkan pasti ada hikmah.. And bagi aku perkataan negatif tu wujud hikmahnya adalah untuk tujuan keselamatan..

So, kita yang dah makin tua ni, yang macam nak dekat nenek-nenek and datuk-datuk ni lah yang kena tunjukkan contoh yang baik agar Bahasa positif ni x jadi bahan purba yang boleh menyebabkan generasi akan dating ni "jakun" dengan perkataan or perbuatan yang positif..

Sunday 4 September 2016

NEWWORLD bagai dalam genggaman

Setiap pagi, bila aku bangun benda fes skali mesti aku akan tengok fon.. Doa x baca.. Bila dah lama sikit baru teringat.. Pape pun, aku yakin, ramai yang bangun pagi-pagi cenggini mesti rasa macam nak mulakan hidup baru.. Terapkan aura positif..

Aku, bila aku bangun je aku akan rasakan "yes, ni peluang aku nak lakukan perkara yang semalam aku x buat"... "aku x nak lakukan perkara teruk semalam".. "aku nak lupakan sejarah hitam aku".. And aku x lupa untuk SENYUM.. Trademark aku.. So, bila aku terapkan perkataan atas tadi, mesti aku rasa diri aku seolah-olah orang yang baru masuk islam.. Suci daripada dosa..

Nabi SAW sender pernah bersabda; MAFHUMNYA;

"Muslim yang baik adalah muslim yang hari ni dia lebih baik dari semalam"

MIskin VS kaYA

Rasulullah SAW pernah bersabda;

"Ya Allah, hidupkan aku sbagai orang miskin, matikan aku sebagai orang miskin dan bangkitkan aku di Padang Mahsyar bersama GOLONGAN MISKIN"

Rasulullah SAW juga pernah bersabda;

"Tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah" -Musnad Imam Ahmad-

Aku termenung dua hadith ni bila aku baca buku Adab Murid karangan DR MAHMOUD MRGLANI.. Sangat beruntung orang miskin yang benar-benar beriman tambahan yang suka bersedekah.. x perlu mencari Rasulullah di akhirat kerana Rasulullah sendiri nak bersama mereka..

Bila aku termenung hadith ni, aku kagum dengan orang miskin kerana mereka sanggup jadi miskin sedangkan aku x sanggup berlapar sikit pun.. Cita-cita aku nak jadi orang kaya.. so, bila baca hadith ni aku sedih sangat sebab aku rasa macam aku telah melepaskan peluang untuk jumpa nabi SAW.

Tapi, bila aku baca hadith kedua tu, aku sedar.. KAYA.. MISKIN.. Allah jadikan penuh hikmah.. kita yang menentukan apa yang kita lakukan bila kita memegang title "si orng kaya" mahupun "si orang miskin"..

Aku yakin.. si orang kaya sendiri pun pasti ada ujian lain dan jalan penyelesaian lain untuk bangkit bersama nabi.. Klu tidak, mana wujudnya para sahabat yang kaya seperti Saidina Uthman? mana wujudnya pembeli hamba Saidina Abu Bakar?

Sebab tu aku yakin..

Pelakon EKSTRA

Ramai manusia sekarang berlumba-lumba menjadikan diri mereka watak utama dalam hidup mereka.. Tapi, x ramai manusia yg nak jadikan diri mereka watak tambahan agar jalan cerita watak utama gembira..

Tahukah anda?

Watak tambahan ni merupakan hiasan yg menghasilkan jalan cerita menarik? Watak tambahan ni yang menghidupkan lagi suasana yang mencabar? Bergaji sedikit tetapi dapat menghasilkan jalan cerita yang tidak memboringkan?

Tahniah kepada mereka yang menjadikan diri mereka watak tambahan dalam kehidupan seseorang..