Friday 27 August 2021

RutiN tANPa SedaR

Tengahari, kau bangun lambat..

Skip makan pagi dan yang paling penting, kau skip subuh.. Tapi yang paling sedih kau tengok dulu phone kau.. Masih belum bersegera nak ganti solat subuh.. Lepas tu kau hebat komen keburukan orang kat media sosial..

Makan tengahari, recharge diri..

Ada kelas petang, kau kondem kata masuk lambat sbb tolong mak kat dapur padahal kau sbnrnya bangun lambat lepas tu habiskan masa kat media sosial tanpa lihat masa.. Kawan kau percaya sbb kau kat sekolah pelajar mithali..

Kelas quran, tak lancar..

Kau bagi alasan malam tadi kau dah lancarkan sedangkan kau habiskan masa dgn fon dalam keadaan terbuka.. tipu satu hal.. Padahal bacaan dkt sekolah lagi lancar dari duduk kat rumah.. Kau sibuk berbalas chat, layari IG, Tiktok, FB, main game.. ye.. tanpa sedar dah pkul 1 pagi.. Masa terbuang macam tu..

Influencer, tarik perhatian..

Lambakan influencer menarik minat semua nak jadi influncer.. Padahal kehidupan x mewah mana.. Lepas tu lupakan tanggungjawab nak belajar semu..

Dalam 24 jam - 8 Jam waktu tidur - 30 minit waktu solat - 1.30 minat waktu makan.. Selain itu langsung tak tahu buat apa? yup.. 14 jam???


Itulah rutin harian plaja tahfiz..


Ps: Atas ni hanya rutin kebanyakkan pelajar tahfiz

Tuesday 8 June 2021

Mika - Chapter 6

Emerald memandang 10 anggota di hadapannya memberi isyarat bahawa esok merupakan hari bersejarah bagi mereka. Mereka akan memulakan perancangan yang sudah beberapa tahun dibina.

Semua yang ada depan Emerald juga mengangguk faham.

Beberapa minggu lepas, Ruby sempat menyiapkan peranti pesanan maklumat secara rahsia yang boleh beruhubung di bawah tanah dan menghantar maklumat kepada seorang profesor yang kebetulan sedang membuat satu peranti baru ketika membuat satu penyelidikan IT. Ruby sempat menyelitkan keberadaan mereka dan tarikh yang tepat untuk mereka melarikan diri.

Selepas pesanan tersebut dihantar, Ruby segera merosakkan peranti tersebut dan mengolahnya menjadi sistem lain agar rahsia yang mereka tidak bocor.

Emerald menelan air liurnya. Biarpun ada di antara kita yang akan mati, aku harap yang hidup tidak akan berpaling ke belakang dan teruskan perancangan kita.

Mereka saling berpelukan kerana mereka tahu ini mungkin adalah pertemuan terakhir mereka.

..

"Ada sesuatu yang tak kena dengan rakaman ini." Lette memandang Sancy.

Mata Sancy menatap rakaman suara semalam di mana rakaman tersebut seperti satu perancangan khusus agar projek yang sedang dibuat oleh team Diamond hancur. Kemudian, dia melihat rakaman semasa di bilik projek yang diketuai Emerald. Situasi Emerald yang sedang menghancurkan mesin yang dibina terakam di dalam rakaman tersebut.

"Bukan awak ke yang selidik rakaman semua semalam?"

"Saya memang selidik, tapi saya tak tahu pula ianya satu kemuskilan." Sanry mengalihkan tetikus untuk kembali ke folder asal.

"Ini rakaman milik Emerald, ketua projek. Mustahil dia nak hancurkan projek sendiri."

Lette memegang kolar baju Sancy. "Semua orang boleh jadi penkhianat pada waktu macam ni. Kau pun mungkin salah satu daripadanya."

Tangan Latte pada kolar Sancy ditempis. "Kau nak tuduh aku pengkhianat lah!"

Mereka berdua terus bergaduh. Semua mula berlari ke bilik rakaman untuk menyaksikan kejadian tersebut.

Sementara, di dalam video tersebut Emerald segera mengarahkan 10 orang yang akan melarikan diri bergerak laju ke pintu utama di mana pintu itu sahaja jalan keluar dari bawah tanah.

Orlov menggunakan pistol buatannya untuk menembak pegawai yang ada. Mereka melarikan diri dengan segera.

"Siapa tu!"

"Alamak, kamu semua lari." Emerald menolak semua untuk segera beredar dari situ.

"Tapi kak." Ruby memandang Emerald.

"Akak takkan apa-apa. Kakak percayakan ada diantara kalian boleh melakukannya. Lari dan berpisah. Buat seperti apa yahg dirancang."

BANG.

Semua yang berada di depan Emerald berlari bertempaiaran. Namun, salah seorang dari mereka terjatuh. Jane!

Emerald menggunakan pistol yang dibekalkan oleh Orlov untuk menembak anggota witch yang bertugas. Namun, anggota witch yang terlatih tidaklah mudah untuk dikalahkan.

Emerald dan Jane mengangkat tangan sambil menundukkan kepalanya.

"Berani kau larikan diri." Salah seorang anggota witch mendang Emerald dan Jane sekuat hati.

"Aku pergi kejar yang lain."

Anggota witch yang menendang Emerald dan Jane mengangguk kepala.

"Berhenti."

Dua orang anggota witch berdiri kaku memandang Mika yang sedang berlari ke arah mereka.

"Apa yang kalian lakukan. Kenapa tidak kejar yang lain? Kau jaga diaorang. Kau ikut aku." Mika berang dan menolak mereka berdua. Kemudian, dia berlari pergi mengejar anggota Diamond yang lain.

..

Proff Engress menendang seorang demi seorang anggota witch yang duduk melutut untuk melepaskan geram. Namun apabila sampai giliran Mika, Mika terus berdiri agar tidak ditendang.

"Berani betul kau." Proff Engress ingin melepaskan satu penampar.

Mika menahan tangan Proff Engress. "Saya tidak melakukan kesalahan pun. Kenapa perlu ditendang?" Mika berani menatap mata Proff Engress.

Proff Engress berang.

"Semua ni berpunca pada base Diamond sendiri. Mereka sudah tahu punca dari awal tapi, mereka pilih pergaduhan." Mika merapatkan wajahnya ke bahu Proff Engress. "Jadi, yang bodohnya adalah di bawah tapak kaki encik."

Danial menarik bahu Mika. Dia tahu, Proff Engress bukanlah seperti En Drako.

Proff Engress segera mengambil pistol di pinggang Danial dan mengacukan ke kepala Mika. "Berani kau. Kau ingat, lepas kau dah jadi penguasa point utama di base Witch aku akan pandang kau!"

"Tembaklah. Kalau base Satan tahu puncanya bukan dari aku, kau akan menyesal seumur hidup. Teruskan bergaduh dan biarkan pelarian tu keluarkan apa yang patut dari badan mereka."

Proff Engress kaku.

"Pergi kesan lokasi setiap pelarian dan Danial, arahkan orang kau untuk kejar semuanya." Allnatt menjerit kepada beberapa anggota Witch. Dia faham maksud apa yang patut dibuang seperti yang dikatakan oleh Mika.

"Kenapa?" Mika menolak bahu Proff Engress. "Rasa useless sebab ditegur oleh aku, dari team Witch? Ataupun takut pihak atasan tahu?"

Danial segera menarik tangan Mika dan berjalan keluar sebelum Mika betul-betul mati ditembak.

"Takut ke?" Mika menjerit hesteria.

Emerald yang masih duduk melutut tersenyum dengan lakonan Mika.

..

Friday 28 May 2021

Mika - Chapter 5

Mika melangkah masuk ke dalam biliknya. Keluasan bilik yang hanya muat dengan katil dan almari dan bilik mandi terbuka, menjadikan ianya sebuah tempat berehat setelah seharian berlatih.

Mika memegang tangannya yang menggeletar kuat. Sabar Mika, kau hanya bunuh 3 orang. Diaorang bukan kawan kau. Diaorang adalah musuh kau.

Matanya tertutup sambil memikirkan kejadian latihan di ruangan 2. Dia tahu, itulah kali pertama dia membunuh orang. Sepanjang latihan, biarpun dia seharusnya menembak manusia, dia cuba mengelak.

..

En Drako kelihatan berpuas hati dengan pencapaian Mika.

"Nampaknya, kau boleh cadangkan kepada Mika untuk cabar pelatih lain. Point yang dia miliki sudah selayaknya"

Mata Lucian tertutup. Macam mana nak terangkan yang Mika ni cabar si Authur tu.

Bunyi pintu dihentak kuat menghilangkan keresahan Lucian.

"Si Mika berani cabar aku depan-depan dan perlekahkan kehebatan aku." Tanpa sebarang hormat, Authur terus mendekati En Drako.

En Drako menguntum senyuman. Nampaknya, tidak salah aku memilih orang.

"Kalau macam tu, saya akan mempersiapkan gelanggang."

"Sebelum itu, aku nak kau dan Aidan untuk membuat senarai nama untuk dihantar ke base Diamond. Projek mereka hampir siap. Mereka perlukan kawalan agar data mereka tidak dicuri secara manual. Proff Engress juga risau dengan ura-ura yang mengatakan ada pengkhianat di kalangan mereka."

"Berapa yang tuan perlukan?"

"10 orang."

..

Suasana pada malam itu sangat riuh apabila pengumuman perlawanan di antara Mika dan Authur diumumkan. Ramai pelatih yang berpusu-pusu ke dewan.

Mika dan Authur berdiri menghadap ke arah masing-masing.

"Syarat pertandingan, anda boleh menggunakan apa-apa senjata dan tidak boleh sama sekali untuk ke luar gelanggang. Jika ada sebarang peraturan yang dilanggar, secara automatik dia akan terkeluar dari permainan."

Authur memandang Mika dengan pandangan mengejek.

Selang beberapa minit, wisel dibunyikan menandakan bahawa pertandingan sudah dimulai.

Authur memulakan serangan dengan menggunakan kakinya untuk melakukan serangan upper kick beberapa kali diselangi dengan middle kick.

Mika terus mengelak dan defend menggunakan tangannya. Aku perlu melakukan sesuatu. Mika berfikir sambil matanya memerhati badan Authur. Dia tahu, Authur ada menyembunyikan pisau kombat di bahagian kakinya.

"Itu sahaja yang kau mampu buat. Menahan guna tangan keding." Authur segera memusingkan badannya dan memeluk leher Mika dari belakang. "Kalau kau tidur dengan aku malam ni, aku tidak akan ambil satu pun pingat kau kalau kau kalah."

Mika mula meloncat ke atas dan memusingkan badannya 360 darjah. Dia berakhir dengan mendarat di tengkuk Authur. Tangannya yang kecil, dia gunakan untuk cucuk mata Authur.

Jeritan Authur bergema satu dewan. Ramai penunton yang bersorak.

Mika mengambil kesempatan tersebut dengan meloncat ke belakang dan menendang Authur sehingga terjatuh seperti nangka busuk.

Authur bangun pantas dan mula mengejar Mika. Tangannya yang besar mula memberikan serangan penumbuk bertubi-tubi. Apabila dia melihat Mika terjatuh, dia segera menyepak Mika berkali-kali. Mika sedikit terluka apabila badannya terkena pisau yang berada di kaki Authur.

Setiap tendangan Authur membuatkan Mika tergelak kuat.

Semua penonton memerhatikan Mika dan muka menjerit agar Mika menyerah diri.

"Kenapa kau gelak?"

Dengan pantas Mika mengambil pisau di kaki Authur dan menghayunkannya. Kaki Authur tergores sehingga menyebabkan darah mengalir deras dari kakinya.

Authur berjalan ke belakang dengan pantas menjauhkan diri dari Mika. Dia terduduk dan memegang kakinya. Kemudian dia mengoyakkan bajunya dan mengikat kakinya agar darah dapat ditahan.

Dari jauh, Mika berdiri sambil menjilat pisau. "Takut?" Mika berjalan perlahan-lahan ke arah Authur.

Authur mengeluarkan pistolnya dan menembak Mika berkali. Namun, mika berjaya mengelak dari ditembak.

"Stop." Jerit Mika.

Authur memandang Mika yang berdiri tegak di hadapannya.

Mika duduk mencangkung dan meletakkan kepalanya di bucu pistol Authur. "Dalam ni tinggal 1 peluru. Tapi jika aku bernasib baik, mungkin pistol ini yang kurang satu perlu. Jika kurang satu peluru, yang malangnya.." Mika menekan-nekan luka yang ada di kaki Authur.

Authur terus menembak Mika dan mengerang kesakitan.

Mika tersenyum dan terus meletakkan pisaunya di leher Authur. "Ting.. Kau kalah." Matanya memandang badan Authur yang bergerak ke belakang melepasi keluar gelanggang.

"Tahniah kepada Mika kerana menang dalam perlawanan ini. Jumlah point yang diterima Author sebanyak 4 015 dan 10 pingat emas akan diserahkan kepada Mika dan secara automatik, Mika memegang point tertinggi di base Witch."

Mika berdiri sambil membersihkan bibirnya kerana kesan darah di pisau yang dijilat tadi menggunakan ibu jarinya. "Kalau kau cium kaki aku, aku akan pilangkan suku dari point yang aku ambil."

Authur hanya memandang Mika dengan hati yang berombak menahan marah.

Friday 10 April 2020

Mika - Chapter 4

2 bulan kemudian.

Latihan combat hari ini diganti dengan latihan menembak kerana guru pengajar tidak dapat menghadirkan diri pada saat akhir. Suasana begitu riuh apabila guru yang diganti masih belum tiba.

"Aku dengar, Proff Engress sedang mengawal ketat setiap base sebab ada dikalangan kita semua yang sudah bersedia untuk menjadi pengkhianat untuk merosakkan projek mereka yang bertahun mereka cipta." Edana tersenyum sambil menyelak buletin iluminati.

"Siapa yang berani menjadi pengkhianat tu?" Lirikan mata Amber memerli Mika dari jauh yang sedang berlatih menggunakan senapang.

Mika hanya memekakkan telingannya. Baginya, dia tidak ada masa untuk melayan perkara remeh seperti itu. Dia perlu menjadi kuat supaya semua orang tunduk padanya.

Tiba-tiba, bahu Mika dirangkul oleh Acelin. "Jangan layan diaorang. Lebih baik kau layan aku."

Mika mengambil tangan Acelin dan memulasnya ke belakang.

"Hey, kau nak tunjuk hebat ke!"

Bunyi derapan kaki Amber berjalan laju ke arah Mika tidak langsung menggetarkan jiwa Mika. Mika terus sambung melakukan latihannya.

Amber menarik kolar Mika.

BAM!

Semua terdiam.

"Kalau kau anak murid kesayangan Madam sekalipun, aku tidak teragak-agak untuk menembak. Daripada kau sibuk cari pengkhianat, lebih baik kau cek diri kau samada kau adalah pengkhianat tersebut."

Tembakan Mika yang tepat mengenai rambut Amber dan menyebabkan rambutnya sedikit pendek di bahagian kiri hanya mampu membuatkkannya terdiam. "Kau tidak akan lepas dari perkara macam tu. Target kau pun, aku tak pernah nampak kau tempak dengan tepat!"

Amber menggunakan kelemahan Mika kerana dia tidak sekalipun melihat Mika menembak mangsa sepanjang latihan.

Tanpa melihat papan dek, Mika terus menembak tepat di tengah bulatan dek sebanyak 5 kali. "Cukup? Aku tak pernah tembak manusia lagi sebab aku save benda tu dekat orang yang betul-betul aku nak je." Insyarat mata Mika cukup memberi maksud yang dia ingin menembak Amber.

"Semua berkumpul. Sarjan Athan sudah datang."

..

"Tugas kalian hari ini adalah memburu 5 orang tahanan yang aku sudah lepaskan dalam ruangan 2. Siapa yang mampu membunuh antara 5 orang, aku akan bagi dia lencana emas bagi setiap seorang yang dibunuh. Ingat, misi kalian membunuh 5 orang ini. Jika ada yang menghalang, kalian boleh menggunakan pelbagai cara untuk memastikan misi kalian berjalan dengan lancar."

Dia Base Witch, mereka dinilai dengan menggunakan lencana. Lencana gangsa hanya mewakili 3 point, lencana perak mewakili 8 point manakala lencana emas mewakili 15 point. Jika mereka mampu mengumpulkan 100 point, mereka layak untuk mengutarakan perlawanan di mana perlawanan tersebut adalah untuk mengambil separuh point pihak lawan.

Jika mereka berjaya mengumpulkan 1000 point ataupun mengalahkan pelatih yang membunyai point tertinggi, namanya akan diserahkan kepada pihak atasan untuk diserap ke dalam team satan dengan syarat, harus lulus beberapa ujian.

Semua pelatih diarahkan masuk ke ruangan 2 di mana ruangan tersebut mempunyai keluasan 10 ekar. Ruangan trsebut dihiasi dengan pelbagai bagunan rekaan untuk melindungi diri.

Semua pelatih hanya dibekalkan sepucuk pistol dengan 15 biji puluru dan satu pisau kombat.

Mika mencari tempat yang sesuai untuk menyembunyikan dirinya. Dia tahu, dia mungkin dikepung oleh beberapa orang yang cuba mengambil kesempatan mencederakannya.

BANG

Bunyi aksi tembak menembak telah bermula. Mata Mika tajam memerhati sekeliling. Dia juga menggunakan kaca yang dijumpainyya untuk melihat sisi buta.

Tiba-tiba, dia melihat seorang wanita berpakaian oren sedang ketakutan bersembunyi di sebalik pokok.

Wajah Mika mempamerkan riak yang menjengkelkan. Dengan pantas, badannya bersedia untuk menembak wanita tersebut.

BANG

Mika berpaling ke arah seorang yang sedang berada sejauh 50 meter dari kedudukannya. Keene, salah seorang musuh ketatnya cuba menyerang mangsa yang sama, namun dengan sengaja dia hampir menembak Mika.

Mika tersengeh sambil mengeluarkan lidahnya, dia berguling ke arah yang lebih selamat. Mika memerhati satu kain yang berada di dahan pokok, tepat di atas kepala Keene. Dengan dua kali tembekan, dahan tersebut jatuh ke atas kepala dan kain tersebut menghalang pandangan Keene.

Wanita yang bersembunyi tadi sudah berlari ke arah lain. Mika mengejar perlahan sambil berhati-hati jika ada pelatih lain yang cuba melakukan adegan yang sama.

BANG

Nasib Mika baik kerana dalam masa dia mengejar wanita tadi, dia melihat seorang lelaki juga sedang berlari perlahan. Dia berjaya membunuh dua mangsa.

Mata Mika menangkap Amber yang hendak menembaknya. Mika segera menyembunyikan dirinya, namun tembakan Amber terkena pada bahunya. Mika mengoyakkan seluarnya dan terus mengikat bahunya sepantas kilat.

Matanya tidak lari dari memerhati sekeliling. Budak tu memang tempah maut. Dengan kudrat yang ada, Mika memanjat bagunan dan bergayut di atas celahan bagunan. Dia mencari susuk tubuh Amber.

Mika menggerakkan badannya tanpa sebarang bunyi. Dia cuba menahan sakit bahunya. Baginya, itu bukanlah sakit yang luar biasa seperti di dalam penyiksaannya.

"Aku nampak minah tu ada dekat sini. Aku berjaya tembak bahunya."

Acelin setuju dengan kata-kata Amber.

"Arghh."

Acelin melihat kaki Amber yang mula mengalirkan darah. Amber tidak boleh bergerak kerana pisau tersebut sangat dalam. Dia cuba menyentap keluar pisau tersebut.

"Dari mana pisau ni datang. Kod kombat ni nampaknya dari Mika."

Amber dan Acelin memerhati sekeliling.

Mika menjatuhkan dirinya tepat duduk di tengkuk Acelin dan menggulingkan badannya sehingga Acelin berputar 360 darjah ke atas dan berakhir dengan Mika duduk di belakang Acelin. Tangannya sempat mencuri postol Acelin dan mengarahkannya ke Amber manakala tangan sebelahnya lagi ke kepala Acelin.

"Permainan kanak-kanak ni masih mentah untuk korang."

BANG

Amber menutup matanya.

Acelin memandang seorang wanita berpakaian oren yang jatuh terkulai di semak samun belakang Amber.

"Latihan tamat. Tahniah kepada Edana kerana berjaya membunuh seorang, Pilan kerana berjaya membunuh seorang dan Mika kerana berjaya membunuh 3 orang."

Mika tersenyum puas dan melepaskan Acelin. "Tunggu 100 tahun lagi sebelum kau berjaya bunuh aku."

..

Tuesday 7 April 2020

Mika - Chapter 3

Hari ini merupakan hari terakhir Aisyah diseksa. Jika dia masih berkeras tidak mahu keluar dari agamanya, Danial terpaksa membunuh Aisyah dengan penuh tragis seperti apa yang disuruh oleh pihak atasan.

Badan Aisyah yang lemah duduk di dalam sangkar besi diarak menuju ke suatu tempat yang dipercayai itulah tempat pengakhirannya. Semua manusia yang berada di luar sangkar berkumat-kamit membaca mantera dengan harapan Aisyah akan menerima cahaya agama mereka.

Aisyah sempat memandang Emerald sekilas.

Kenapa aku? Air mata Aisyah mengalir sedikit demi sedikit.

Kenapa aku yang perlu korbankan agama aku untuk orang lain demi menjaga agama Islam sedangkan adik aku Allah bagi nikmat yang cukup sehingga mampu mengangkat martabat Islam? Engkau tidak adil.

"Kak." Ruby menarik lengan baju Emerald.

Aku benci perasaan ini. Setelah seminggu Kau kuatkan iman aku, kenapa hari ini baru kau hadirkan dalam diri aku akan rasa takut dengan kematian? Apakah Kau benar-benar hendak aku berdiri di tepi neraka? Aisyah menutup matanya.

"Berhenti."

Paderi Wanita yang mengetuai upacara perarakan memberi isyarat agar semua diam. "Ada apa yang ingin disampaikan?"

Aisyah memandang anak mata paderi dihadapannya. "Kau akan jamin, aku akan dihormati oleh kesemua orang yang ada di sini melebihi Khadijah?"

Paderi wanita tersebut tersenyum sambil matanya melihat sekilas ke arah satu tingkap yang berada di tingkat 3 seolah memberi isyarat. "Jika kau dapat buktikan yang kau boleh kalahkan adik kau."

"Apa yang akan aku dapat? Agama bukan benda kecil."

"Segalanya. Malah, kaki kau yang rosak itu bakal digantikan dengan kaki yang lebih berkuasa dan akan menyebabkan kau tidak akan pernah berfikir untuk berpatah balik."

Aisyah menarik tengkuk paderi wanita tersebut. "Kalau macam tu, kau kena pastikan aku dilatih dengan tepat sehingga bila aku dijual, harga aku tidak mampu dibeli oleh orang lain."

"Mika."

Semua yang hadir menundukkan dirinya menunjukkan tanda hormat kepada ahli baru mereka.

..

Emerald memeriksa kaki baru Mika. Dia cuba memastikan kaki Mika ini dapat diprogram untuk seni mempertahankan diri.

Seorang lelaki masuk ke dalam ruangan tersebut dan mengarahkan semua yang ada keluar dan membiarkan dia, Emerald dan Mika.

"Perkenalkan, ini Lucian yang akan menjadi pengiring awak sepanjang berada di sini."

Lucian menghulur tangannya.

"Sebentar lagi, kau akan dibedah agar kami dapat memasukkan cip khas anggota kami ke dalam tubuh awak. Selepas sahaja cip tersebut masuk ke dalam tubuh awak, orang yang awak kena percaya hanyalah Lucian. Awak kena berhati-hati. Jika kami memberi tanda seperti ini, itu maksudnya cip tersebut sedang dikawal oleh pihak kami."

Emerald membuat gerakan mata menghadap ke kiri 2 kali dan ke kanan sekali.

"Cip tersebut mampu merakam suara dan mengesan kedudukan tepat di mana kita berada." Lucian menambah.

"Kalau tak masukkan boleh ke?" Mika mempersoalkan.

Lucian menggeleng kepala. "Kalau tak, diaorang akan curiga."

..

"Lucian sudah clearkan minda budak tu?" Suara garau En Drako bergema.

Danial menundukkan kepalanya dengan penuh hormat. "Selepas ini, saya cadangkan Mika akan berada di bawah pengawasan Lucian."

"Kenapa bukan kau?"

"Proff Engress telah beri tanggungjawab untuk pergi ke base Diamond untuk pantau projek mereka yang hampir 90% siap. Mereka harap agar saya dapat bawa team untuk pantauan keselamatan."

"Bila kau akan bergerak ke sana?"

"Saya akan gerak ke sana bersama team Diamond yang ada di sini. Saya akan bawa 10 orang untuk berkawal di sana." Daniel menyerahkan lembaran kertas maklumat petugas yang bakal mengikutinya.

"Jika kau perlukan petugas tambahan, boleh maklumkan kepada aku."

Suasana sepi untuk beberapa minit. Daniel terus menundukkan kepalanya menunggu arahan dari En Drako.

"Pastikan Lucian betul-betul latih Mika dengan baik. Aku akan jadikan Mika antara calon yang akan pergi ke base Satan."

Team Satan merupakan salah satu dari organisasi rahsia yang tertinggi di mana mereka mengumpulkan kesemua ahli yang betul-betul berada di pihak mereka. Squad ini merupakan otak segala anggota di mana ianya memastikan kesemua agenda berjalan seperti yang dirancang tanpa sebarang cacat cela.

Daniel menganggukan kepalanya. "Macam mana dengan Authur."

Authur merupakan ahli Witch yang terbaik. Namun, En Drako masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya. Kerana Authur tidak mempunyai disiplin yang baik malah selalu kalah dengan emosi.

"Kita akan tengok keputusan 3 bulan dari sekarang. Jika Mika mampu mencapai tahap kepuasan yang aku nak, dia bakal aku gantikan tempat Authur."

..

Wednesday 1 April 2020

Mika - Chapter 2

"Nama dia Siti Aisyah binti Abu Bakar. Dia merupakan calon untuk team witch di mana dia akan dilatih secara khas memandangkan Dr Richard terpaksa memotong kakinya atas kesalahan team kami."

Dari sebalik tingkap, Allnatt melihat Aisyah yang lemah digantung kedua tangannya dan kaki kananya juga diletakkan pemberat.

"Pada mulanya, dia bersetuju untuk bekerja sama dengan kita, tetapi apabila kita suruh dia keluar dari agama dia mula memberontak. Kami sudah pun memberi denda agar dia keluar dari agamanya."

Emerald memegang bahu Ruby. "Ini kali pertama awak tengok perkara maam ni. Jika ada yang diresahkan, bagitahu."

Ini kali pertama Ruby dapat keluar dari terperuk di bawah tanah untuk membuat kajian. Dengan pertolongan Emerald, dia dapat melihat suasana baru biarpun ianya masih di bawah tanah. "Jangan risau, saya akan menjalankan tugas dengan baik."

"Kenapa tidak dibunuh sahaja. Dia bukannya ciri-ciri orang yang Encik Drako nak."

"Pihak yang bertanggungjawab lambat melakukan tugas, Khadijah telah dikawal ketat oleh pihak kerajaan Malaysia apatah lagi kita baru setahun menculik pelajar dari Italy. Saya tidak tahu macam mana kerajaan mereka tahu tentang perancangan ini dan yang pastinya, mereka sedang mengawal ketat lapangan kapal terbang mahupun perlabuhan mereka."

"Kalau kita berjaya menjadikan dia ke pihak kita, sekurang-kurangnya, Khadijah bukanlah satu ancaman."

Sayang kalau budak ni cuba pertahankan diri sampai ke akhir. Budak ni sesuai untuk bekerjasama dengan kita. Emerald memandang Aisyah yang sedang disebat oleh seorang petugas. Dia cuba mencipta method terbaik agar Aisyah menyerah diri.

..

Aisyah melihat dirinya diarak di dalam satu ruangan seperti gereja dan diperhatikan manusia yang memakai kain menutup keseluruhan badan. Bunyi bacaan mantera menggunakan bahasa yang tidak difahaminya bergema masuk ke dalam telinganya. Badan Aisyah lemah kerana terus digantung.

"Mother, dia adalah salah seorang yang tidak mahu menyerah diri." Danial, salah seorang pengiring yang menemaninya dari hari pertama dia disiksa menundukkan kepala di hadapan seorang wanita muda yang memakai pakaian labuh mewah dengan pelbagai hiasan.

Wanita itu mengarahkan Aisyah diletakkan di atas pentas. Dia berjalan mengelilingi Aisyah sambil merenjis air suci dan membaca mantera jampi.

Aisyah menarik nafas panjang. Ya Allah, kesesatan apakah yang aku tengok ni. "Allah.. Allah.." Aisyah menggunakan keseluruhan tenaganya untuk menguatkan imannya.

"Kau masih tidak mahu menerima upacara ini. Kau sudah sesat dan terpengaruh dengan ajaran karut itu!"

"Kau sebenarnya karut! Jika benar agama kau benar, buktikan pada aku, syaitan itu dicipta daripada apa!" Aisyah cuba berbicara dalam bahasa inggeris.

"Bodoh amat kamu. Sudah semestinya daripada api."

"Jika daripada api, maka dia lemah kerana api kalah dengan air. Sedangkan Allah aku sendiri tidak tahu Dia diciptakan daripada apa sebab Allah bukanlah dicipta tetapi Dialah mencipta." Aisyah tersengih mengejek.

Wanita tesebut berang. "Tapi, tuhan engkau tidak dapat menyelamatkan engkau. Dia biarkan engkau disiksa begini."

Aisyah menguatkan dirinya menendang wanita dihadapannya menggunakan kaki yang ada sekuat hati. Wanita tersebut terjatuh. "Ini buktinya! Aku mampu menendang kau yang kuat ni sedangkan aku sudah 3 hari tidak menjamah apa-apa melainkan air kotor."

Semua yang hadir mula melontarkan batu ke arah Aisyah sebagai balasan kerana berani menolak wanita yang dianggap suci. Perbuatan Aisyah dianggap satu penghinaan.

Hati Aisyah terus mengucap syahadap sebagai penguat diri.

Wanita tersebut mengangkat tangan untuk menghentikan perbuatan semua yang hadir. "Hati dia masih suci kerana dia tidak faham dengan fahaman ini. Dia cuma terpengaruh."

Aisyah geli dengan aksi kepura-puraan wanita dihadapannya.

"Nampaknya, fikiran kau kosong kerana tidak mampu berfikiran dengan baik di dalam perut yang kosong. Daniel, bawakan minuman dan makanan tersebut."

Daniel mengarahkan seorang lelaki membawa masuk dulang berisi air bewarna merah dan sepinggan buah dan menyuap Aisyah perlahan-lahan.

Aisyah cuba mengeraskan dirinya. Namun, badannya yang lemah tidak mampu menolak makanan yang disuapkan. Apa yang di bagi minum ni. Masam sangat ni. Ya Allah, kau lindungilah aku. Tiba-tiba Aisyah muntah dan badannya menggeletar.

Ruby yang melihat dari jauh kagum dengan ketabahan hati Aisyah yang tegas dengan pendiriannya. Ruby tertanya-tanya apakah kuasa yang mampu Aisyah bertahan sampai begitu sekali.

Allnat menepuk bahu Ruby agar tidak leka. "Ingat tujuan kita. Jangan rosakkan rancangan ini."

..

Aisyah membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat dirinya berada di dalam satu bilik kaca. inilah kali pertama dia dibaringkan setelah sekian lama dibiarkan gantung. Badannya diletakkan perlbagai wayar yang bersambung dengan sebuah mesin.

"On Ruby." Emerald memberi arahan kepada Ruby dengan isyarat tangan.

"Kau masih berkeras tidak mahu keluar dari agama?" Allnatt melihat Aisyah sambil berdiri jauh darinya.

"Aku tidak akan mengubah fikiran. Kalau untuk aku bantu organisasi ini, aku boleh bantu. Tapi, untuk tinggalkan agama, lebih baik aku mati. Bunuhlah aku." Aisyah tegas mengatakan pendiriannya.

Tangan Emerald meramas kepala Aisyah. "Kitaorang perlukan kau. Kitaorang bukanlah pihak diaorang. Kalau kau berjanji untuk keluar agama, kami akan jamin yang engkau selamat keluar dari tempat ini. Kami perlukan ramai orang untuk berada di pihak kami."

Aisyah tidak faham maksud di sebalik kata-kata Emerald.

"Tolong kami. Kami perlukan orang untuk hancurkan misi organisasi ini."

"Aku tidak akan sekali tukar agama."

Emerald merapatkan mulutnya ke telinga Aisyah. "Kalau kau nak tahu, Ruby itu asalnya orang Islam dan menghafaz keseluruhan al-quran. Tapi sayang, ingatannya hilang. Kami masih menjaga dia dan berharap dia dapat keluar dari tempat ini."

"Apa yang kalian mahukan?"

"Murtad dan terus ikut arahan diaorang sehingga waktu yang betul-betul sesuai. Jadilah orang yang palingg kejam dalam squad witch. Bantu kami. Dengan tindakan macam itu, kau akan menyelamatkan lagi beribu umat Islam."

"Emerald, saya tidak dapat tahan lagi." Ruby yang dari tadi cuba menaip sesuatu menjerit.

Allnatt memberi isyarat agar Emerald mengawal perbuatannya.

Aku harap, budak ni percaya kata-kata Emerald. Allnatt tahu jika seseorang itu adalah calon witch makanya, sangat susah hendak menarik mereka supaya berada di pihak mereka.

Allnatt merupakan ketua bagi satu pertubuhan rahsia di mana mereka yang terpaksa berada di bawah organisasi tersebut dan tidak bersetuju dengan perbuatan organisasi tersebut dikumpulkan untuk membuat perancangan menggagalkan misi tersebut. Namun, biarpun sudah 8 tahun mereka membuat pelbagai rancangan, mereka masih tidak mampu menjalankannya kerana kekeurangan orang yang kuat pertahankan diri. Cip yang berada di dalam badan mereka juga menjadi penghalang gerak kerja mereka kerana ianya dapat mengesan kedudukan an perbualan mereka.

Segalanya berubah dengan setelah kehadiran Ruby, Mereka berjaya memanipulasi rakaman cip tersebut biarpun hanya sementara dan mereka hanya perlu mencari beberapa squad witch untuk berada di pihak mereka.

"Apa yang kau fikirkan, fikirlah dengan jelas."

Emerald memancarkan gembar keluarga Aisyah yang sedang seronok di Langkawi.

"Diaorang ada di Langkawi untuk menerima anugerah pelajar bakat istemewa sedangkan anak mereka hilang tanpa kabar berita. Kalau kau berada di sini, kau dapat sanjungan dari kami semua." Allnatt tersenyum Dia tahu, dia perlu mengawal keadaan bilik tersebut memandangkan diri mereka diperhatikan di sebalik dinding kaca.

Aisyah melihat gambar tersebut tatapi dirinya tidak fokus. Dia cuba membaca suasana. Dia sebenarnya kurang faham dengan apa yang dibicarakan oleh Emerald biarpun banyak kali dia menghadam kata-kata Emerald.

Nampaknya, dia sudah termakan dengan kata-kata aku. Aku berjaya alihkan perhatiannya dari gambar tersebut.

..

Tuesday 31 March 2020

Mika - Chapter 1

Seperti minggu-minggu lain, Puan Rahmah membawa anaknya keluar outing untuk membeli keperluan asrama.

Outing ini merupakan satu aktiviti asrama di mana ianya memberi peluang kepada ibu bapa melihat dan membawa anak mereka keluar dari asrama pada waktu-waktu tertentu.

"Ummi, kakak nak yang ini." Aisyah, anak pertama Puan Rahmah menunjukkan satu buku nota berwarna merah hati. Aisyah memegang erat tangan Puan Rahmah agar membenarkan dia membeli buku tersebut.

"Ummi tengah berjimat. Nanti majlis khatam adik kamu, ummi nak kena sediakan macam-macam lagi." Puan Rahmah mengambil buku tersebut dan meletakkan semula ke tepatnya.

Aisyah memandang Khadijah, adiknya dari jauh. Apa yang adik nak, semua dapat. Dia kesal kerana dirinya dilahirkan tidaklah secerdik Khadijah. Khadijah sering dipuji keluarganya sehingga dirinya sering dibanding-bandingkan. Bukan sahaja keluarganya, malah di sekolah juga, guru-gurunya selalu pilih kasih diantara dia dan adiknya. Bagi mereka, Aisyah selayaknya menjadi seorang adik.

Khadijah baru sahaja mencapai umur 15 tahun, namun dia sudah berjaya mengkhatamkan al-quran di peringkat syahadah. Manakala Aisyah yang baru sahaja mencapai umur 17 tahun, baru menghabiskan juzuk 13.

"Auch.." Tiba-tiba, Kaki Aisyah seperti terkena sesuatu. Aisyah cuba melihat kakinya, namun matanya kabur.

..

"Macam mana ni, kita tersalah culik. Kalau bos tahu, habislah kita semua."

"Kita memang tiada pilihan melainkan kita kena membunuh budak ini. Dia tidak boleh tahu pergerakan kita."

"Baiklah, biar kesan tembakan yang kita tembak kat kaki dia ni merebak."

BAMMMMM...

Pintu bilik dihempas kuat.

"Mana budak tu?"

Semua kepala tertunduk.

Bang..

Salah satu orang yang berada di bilik tersebut ditembak tepat terkena bahu.

"Culik seorang budak pun susah. Aku dah suruh hati-hati. Wajah diaorang ni sama."

Aisyah yang dari tadi hanya berpura-pura pengsan kecut perut mendengar tembakan tersebut. Dia tidak faham apa yang dibualkan oleh orang-orang tersebut kerana perbualan tersebut adalah dalam bahasa asing.

"Potong kaki budak ni. Kita boleh memanfaatkan budak ni kerana dia mempunya seni mempertahankan diri. Kita akan cari cara lain untuk culik budak tu."

..

Aisyah membuka matanya perlahan-lahan. Hatinya berdebar-debar kerana dia tahu, kaki kirinya sudah dipotong. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Akhirnya, sedar juga."

Aisyah melihat seorang lelaki berpakaian putih mendekatinya.

"Perkenalkan, saya Dr. Richard yang merawat awak."

Aisyah memadang sekeliling bilik. Kesemuanya diselaputi warna putih dan hanya dihiasi satu cermin besar.

"Awak faham bahas inggeris tak?"

Aisyah memegang kepalanya. Dia seakan trauma dengan apa yang berlaku ke atas dirinyaa.

"Kalau awak tak faham bahas inggeris, saya terpaksa buat sesuatu kepada awak. Dekat sini, awak kena dengar arahan kami atau awak akan mati dibunuh. Awak kena ingat, kalau awak dibunuh, keluarga awak tidak akan tahu di mana keberadaan awak pun."

"Saya faham. Tapi, kenapa saya kena berada di sini? Apa salah saya sehingga kaki saya kena potong?"

Dr Richard menceritakan tentang apa yang berlaku di atas Aisyah.

Semuanya bermula apabila kumpulan iluminati dari barat mula tertarik untuk menculik orang yang mempunyai kebolehan luar biasa. Namun, orang bawahan mereka membuat kesalahan dan menembak kaki Aisyah dengan satu virus yang mematikan sel di dalam badan dan akan merebak secara perlahan-lahan.

"Jadi, saya bukanlah diculik tapi tersalah orang?"

"Jangan risau. Pihak kami telah membuat kaji selidik latar belakang kamu. Kami mendapati bahawa kamu merupakan atlet kanak-kanak yang direbuti kebanyakan sekolah sukan. Malangnya, kamu memilih sekolah yang tidak dikenali. Namun, di peringkat sekolah, kamu bejaya menaikkan nama sekolah."

Seorang lelaki berbadan tegap masuk ke dalam bilik.

"Lepaskan saya. Apa yang kalian mahukan?" Aisyah menggerakkan badannya dan cuba sedaya upaya untuk melepaskan dirinya dari balutan kain.

"Kamu tiada pilihan samada ingin bergabung dengan kami ataupun kami akan menamatkan riwayat kamu dengan tragis."

Mata Aisyah dalam menatap wajah lelaki yang berada di hadapannya. "TUIH!"

Dr Richard terkejut apabila melihat Aisyah berani meludah air liurnya tepat ke wajah lelaki berbadan tegap. "Tuan tidak apa-apa?"

"Berani betul kau." Aisyah hanya memandang dengan tatapan tajam melihat lelaki di hadapannya mengesat wajahnya.

"Ingat, kau hanya wang lama yang tersimpan. Wang yang mungkin tidak laku jika nak membeli sesuatu. Tapi, jika kita membuat penukaran tepat pada waktunya, kau mungkin menjadi satu yang berharga dan orang yang layak membuat keputusan itu hanyalah aku."

Aisyah hilang keruan dan cuba untuk berderi menggunakan sebelah kaki yang ada. Dia cuba untuk berlawan. Namun, disebabkan dia baru sahaja lepas beroperasi, pergerakannya terbatas.

"Bagi sedatif penenang. Esok atau lusa, Squad Diamond akan serahkan beberapa oangnya untuk brainwash budak ni."

..

"Kami team 1107, Diamond. No pendaftaran AKJ99980."

Dua orang askar yang sedang berkawal mula meraba 3 orang berpakaian putih berserta 2 orang pegawai yang mereka kenali sebagai pengiring agar mereka tidak membawa apa-apa yang dilarang.

Alnatt, Emerald dan Ruby berdiri hanya berdiri tegak dan hanya meletakkan keyakinan kepada anggota askar tadi. Mata mereka sudah kering kerana di dalam dua hari perjalanan mata mereka ditutup menggunakan cermin mata khas.

Mereka merupakan satu organisasi rahsia di mana tujuan mereka adalah memperkenalan fahaman mereka iaitu fahaman ideologi. Mereka cuba untuk menentang orang yang lemah terutamanya orang Islam. Di dalam organisasi tersebut terdapat 3 cabang squad di mana untuk menjayakan misi mereka mengikut kelebihan masing-masing.

Team Diamond merupakan satu cabang organisasi tersebut yang berada di bawah tanah bumi australia. Mereka jarang dibenarkan keluar melainkan pada waktu-waktu tertentu. Jika mereka keluar, mereka tidak tahu ke manakah destinasi mereka sehinggalah sampai ke tempat tersebut. Squad ini mengumpulkan kesemua manusia yang mempunyai IQ melebihi 180 ke atas.

"Clear."

Mereka bertiga diarahkan untuk mengikuti dua pengiring tersebut masuk ke dalam satu ruangan. Kemudian, mereka dibenarkan membuka penutup mata.

Setelah itu, dua pengiring ersebut meminta izin untuk beredar dari ruangan tersebut.

Emerald mengeluarkan kesemua peralatan dari bargasi. Dia cuba memastikan kesemua bahan yang ada tidak rosak mahupun hilang.

"Kita ada dalam 3 orang yang perlu diuruskan dalam seminggu ni. At least, kita kena ada seorang yang berada dipihak kita."

Ruby dan Emerald mengangguk setuju dengan kata-kata Alnatt. Mereka faham maksud di sebalik kata-kata Alnatt.

..