Tuesday 7 April 2020

Mika - Chapter 3

Hari ini merupakan hari terakhir Aisyah diseksa. Jika dia masih berkeras tidak mahu keluar dari agamanya, Danial terpaksa membunuh Aisyah dengan penuh tragis seperti apa yang disuruh oleh pihak atasan.

Badan Aisyah yang lemah duduk di dalam sangkar besi diarak menuju ke suatu tempat yang dipercayai itulah tempat pengakhirannya. Semua manusia yang berada di luar sangkar berkumat-kamit membaca mantera dengan harapan Aisyah akan menerima cahaya agama mereka.

Aisyah sempat memandang Emerald sekilas.

Kenapa aku? Air mata Aisyah mengalir sedikit demi sedikit.

Kenapa aku yang perlu korbankan agama aku untuk orang lain demi menjaga agama Islam sedangkan adik aku Allah bagi nikmat yang cukup sehingga mampu mengangkat martabat Islam? Engkau tidak adil.

"Kak." Ruby menarik lengan baju Emerald.

Aku benci perasaan ini. Setelah seminggu Kau kuatkan iman aku, kenapa hari ini baru kau hadirkan dalam diri aku akan rasa takut dengan kematian? Apakah Kau benar-benar hendak aku berdiri di tepi neraka? Aisyah menutup matanya.

"Berhenti."

Paderi Wanita yang mengetuai upacara perarakan memberi isyarat agar semua diam. "Ada apa yang ingin disampaikan?"

Aisyah memandang anak mata paderi dihadapannya. "Kau akan jamin, aku akan dihormati oleh kesemua orang yang ada di sini melebihi Khadijah?"

Paderi wanita tersebut tersenyum sambil matanya melihat sekilas ke arah satu tingkap yang berada di tingkat 3 seolah memberi isyarat. "Jika kau dapat buktikan yang kau boleh kalahkan adik kau."

"Apa yang akan aku dapat? Agama bukan benda kecil."

"Segalanya. Malah, kaki kau yang rosak itu bakal digantikan dengan kaki yang lebih berkuasa dan akan menyebabkan kau tidak akan pernah berfikir untuk berpatah balik."

Aisyah menarik tengkuk paderi wanita tersebut. "Kalau macam tu, kau kena pastikan aku dilatih dengan tepat sehingga bila aku dijual, harga aku tidak mampu dibeli oleh orang lain."

"Mika."

Semua yang hadir menundukkan dirinya menunjukkan tanda hormat kepada ahli baru mereka.

..

Emerald memeriksa kaki baru Mika. Dia cuba memastikan kaki Mika ini dapat diprogram untuk seni mempertahankan diri.

Seorang lelaki masuk ke dalam ruangan tersebut dan mengarahkan semua yang ada keluar dan membiarkan dia, Emerald dan Mika.

"Perkenalkan, ini Lucian yang akan menjadi pengiring awak sepanjang berada di sini."

Lucian menghulur tangannya.

"Sebentar lagi, kau akan dibedah agar kami dapat memasukkan cip khas anggota kami ke dalam tubuh awak. Selepas sahaja cip tersebut masuk ke dalam tubuh awak, orang yang awak kena percaya hanyalah Lucian. Awak kena berhati-hati. Jika kami memberi tanda seperti ini, itu maksudnya cip tersebut sedang dikawal oleh pihak kami."

Emerald membuat gerakan mata menghadap ke kiri 2 kali dan ke kanan sekali.

"Cip tersebut mampu merakam suara dan mengesan kedudukan tepat di mana kita berada." Lucian menambah.

"Kalau tak masukkan boleh ke?" Mika mempersoalkan.

Lucian menggeleng kepala. "Kalau tak, diaorang akan curiga."

..

"Lucian sudah clearkan minda budak tu?" Suara garau En Drako bergema.

Danial menundukkan kepalanya dengan penuh hormat. "Selepas ini, saya cadangkan Mika akan berada di bawah pengawasan Lucian."

"Kenapa bukan kau?"

"Proff Engress telah beri tanggungjawab untuk pergi ke base Diamond untuk pantau projek mereka yang hampir 90% siap. Mereka harap agar saya dapat bawa team untuk pantauan keselamatan."

"Bila kau akan bergerak ke sana?"

"Saya akan gerak ke sana bersama team Diamond yang ada di sini. Saya akan bawa 10 orang untuk berkawal di sana." Daniel menyerahkan lembaran kertas maklumat petugas yang bakal mengikutinya.

"Jika kau perlukan petugas tambahan, boleh maklumkan kepada aku."

Suasana sepi untuk beberapa minit. Daniel terus menundukkan kepalanya menunggu arahan dari En Drako.

"Pastikan Lucian betul-betul latih Mika dengan baik. Aku akan jadikan Mika antara calon yang akan pergi ke base Satan."

Team Satan merupakan salah satu dari organisasi rahsia yang tertinggi di mana mereka mengumpulkan kesemua ahli yang betul-betul berada di pihak mereka. Squad ini merupakan otak segala anggota di mana ianya memastikan kesemua agenda berjalan seperti yang dirancang tanpa sebarang cacat cela.

Daniel menganggukan kepalanya. "Macam mana dengan Authur."

Authur merupakan ahli Witch yang terbaik. Namun, En Drako masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya. Kerana Authur tidak mempunyai disiplin yang baik malah selalu kalah dengan emosi.

"Kita akan tengok keputusan 3 bulan dari sekarang. Jika Mika mampu mencapai tahap kepuasan yang aku nak, dia bakal aku gantikan tempat Authur."

..

No comments:

Post a Comment