Friday 27 August 2021

RutiN tANPa SedaR

Tengahari, kau bangun lambat..

Skip makan pagi dan yang paling penting, kau skip subuh.. Tapi yang paling sedih kau tengok dulu phone kau.. Masih belum bersegera nak ganti solat subuh.. Lepas tu kau hebat komen keburukan orang kat media sosial..

Makan tengahari, recharge diri..

Ada kelas petang, kau kondem kata masuk lambat sbb tolong mak kat dapur padahal kau sbnrnya bangun lambat lepas tu habiskan masa kat media sosial tanpa lihat masa.. Kawan kau percaya sbb kau kat sekolah pelajar mithali..

Kelas quran, tak lancar..

Kau bagi alasan malam tadi kau dah lancarkan sedangkan kau habiskan masa dgn fon dalam keadaan terbuka.. tipu satu hal.. Padahal bacaan dkt sekolah lagi lancar dari duduk kat rumah.. Kau sibuk berbalas chat, layari IG, Tiktok, FB, main game.. ye.. tanpa sedar dah pkul 1 pagi.. Masa terbuang macam tu..

Influencer, tarik perhatian..

Lambakan influencer menarik minat semua nak jadi influncer.. Padahal kehidupan x mewah mana.. Lepas tu lupakan tanggungjawab nak belajar semu..

Dalam 24 jam - 8 Jam waktu tidur - 30 minit waktu solat - 1.30 minat waktu makan.. Selain itu langsung tak tahu buat apa? yup.. 14 jam???


Itulah rutin harian plaja tahfiz..


Ps: Atas ni hanya rutin kebanyakkan pelajar tahfiz

Tuesday 8 June 2021

Mika - Chapter 6

Emerald memandang 10 anggota di hadapannya memberi isyarat bahawa esok merupakan hari bersejarah bagi mereka. Mereka akan memulakan perancangan yang sudah beberapa tahun dibina.

Semua yang ada depan Emerald juga mengangguk faham.

Beberapa minggu lepas, Ruby sempat menyiapkan peranti pesanan maklumat secara rahsia yang boleh beruhubung di bawah tanah dan menghantar maklumat kepada seorang profesor yang kebetulan sedang membuat satu peranti baru ketika membuat satu penyelidikan IT. Ruby sempat menyelitkan keberadaan mereka dan tarikh yang tepat untuk mereka melarikan diri.

Selepas pesanan tersebut dihantar, Ruby segera merosakkan peranti tersebut dan mengolahnya menjadi sistem lain agar rahsia yang mereka tidak bocor.

Emerald menelan air liurnya. Biarpun ada di antara kita yang akan mati, aku harap yang hidup tidak akan berpaling ke belakang dan teruskan perancangan kita.

Mereka saling berpelukan kerana mereka tahu ini mungkin adalah pertemuan terakhir mereka.

..

"Ada sesuatu yang tak kena dengan rakaman ini." Lette memandang Sancy.

Mata Sancy menatap rakaman suara semalam di mana rakaman tersebut seperti satu perancangan khusus agar projek yang sedang dibuat oleh team Diamond hancur. Kemudian, dia melihat rakaman semasa di bilik projek yang diketuai Emerald. Situasi Emerald yang sedang menghancurkan mesin yang dibina terakam di dalam rakaman tersebut.

"Bukan awak ke yang selidik rakaman semua semalam?"

"Saya memang selidik, tapi saya tak tahu pula ianya satu kemuskilan." Sanry mengalihkan tetikus untuk kembali ke folder asal.

"Ini rakaman milik Emerald, ketua projek. Mustahil dia nak hancurkan projek sendiri."

Lette memegang kolar baju Sancy. "Semua orang boleh jadi penkhianat pada waktu macam ni. Kau pun mungkin salah satu daripadanya."

Tangan Latte pada kolar Sancy ditempis. "Kau nak tuduh aku pengkhianat lah!"

Mereka berdua terus bergaduh. Semua mula berlari ke bilik rakaman untuk menyaksikan kejadian tersebut.

Sementara, di dalam video tersebut Emerald segera mengarahkan 10 orang yang akan melarikan diri bergerak laju ke pintu utama di mana pintu itu sahaja jalan keluar dari bawah tanah.

Orlov menggunakan pistol buatannya untuk menembak pegawai yang ada. Mereka melarikan diri dengan segera.

"Siapa tu!"

"Alamak, kamu semua lari." Emerald menolak semua untuk segera beredar dari situ.

"Tapi kak." Ruby memandang Emerald.

"Akak takkan apa-apa. Kakak percayakan ada diantara kalian boleh melakukannya. Lari dan berpisah. Buat seperti apa yahg dirancang."

BANG.

Semua yang berada di depan Emerald berlari bertempaiaran. Namun, salah seorang dari mereka terjatuh. Jane!

Emerald menggunakan pistol yang dibekalkan oleh Orlov untuk menembak anggota witch yang bertugas. Namun, anggota witch yang terlatih tidaklah mudah untuk dikalahkan.

Emerald dan Jane mengangkat tangan sambil menundukkan kepalanya.

"Berani kau larikan diri." Salah seorang anggota witch mendang Emerald dan Jane sekuat hati.

"Aku pergi kejar yang lain."

Anggota witch yang menendang Emerald dan Jane mengangguk kepala.

"Berhenti."

Dua orang anggota witch berdiri kaku memandang Mika yang sedang berlari ke arah mereka.

"Apa yang kalian lakukan. Kenapa tidak kejar yang lain? Kau jaga diaorang. Kau ikut aku." Mika berang dan menolak mereka berdua. Kemudian, dia berlari pergi mengejar anggota Diamond yang lain.

..

Proff Engress menendang seorang demi seorang anggota witch yang duduk melutut untuk melepaskan geram. Namun apabila sampai giliran Mika, Mika terus berdiri agar tidak ditendang.

"Berani betul kau." Proff Engress ingin melepaskan satu penampar.

Mika menahan tangan Proff Engress. "Saya tidak melakukan kesalahan pun. Kenapa perlu ditendang?" Mika berani menatap mata Proff Engress.

Proff Engress berang.

"Semua ni berpunca pada base Diamond sendiri. Mereka sudah tahu punca dari awal tapi, mereka pilih pergaduhan." Mika merapatkan wajahnya ke bahu Proff Engress. "Jadi, yang bodohnya adalah di bawah tapak kaki encik."

Danial menarik bahu Mika. Dia tahu, Proff Engress bukanlah seperti En Drako.

Proff Engress segera mengambil pistol di pinggang Danial dan mengacukan ke kepala Mika. "Berani kau. Kau ingat, lepas kau dah jadi penguasa point utama di base Witch aku akan pandang kau!"

"Tembaklah. Kalau base Satan tahu puncanya bukan dari aku, kau akan menyesal seumur hidup. Teruskan bergaduh dan biarkan pelarian tu keluarkan apa yang patut dari badan mereka."

Proff Engress kaku.

"Pergi kesan lokasi setiap pelarian dan Danial, arahkan orang kau untuk kejar semuanya." Allnatt menjerit kepada beberapa anggota Witch. Dia faham maksud apa yang patut dibuang seperti yang dikatakan oleh Mika.

"Kenapa?" Mika menolak bahu Proff Engress. "Rasa useless sebab ditegur oleh aku, dari team Witch? Ataupun takut pihak atasan tahu?"

Danial segera menarik tangan Mika dan berjalan keluar sebelum Mika betul-betul mati ditembak.

"Takut ke?" Mika menjerit hesteria.

Emerald yang masih duduk melutut tersenyum dengan lakonan Mika.

..

Friday 28 May 2021

Mika - Chapter 5

Mika melangkah masuk ke dalam biliknya. Keluasan bilik yang hanya muat dengan katil dan almari dan bilik mandi terbuka, menjadikan ianya sebuah tempat berehat setelah seharian berlatih.

Mika memegang tangannya yang menggeletar kuat. Sabar Mika, kau hanya bunuh 3 orang. Diaorang bukan kawan kau. Diaorang adalah musuh kau.

Matanya tertutup sambil memikirkan kejadian latihan di ruangan 2. Dia tahu, itulah kali pertama dia membunuh orang. Sepanjang latihan, biarpun dia seharusnya menembak manusia, dia cuba mengelak.

..

En Drako kelihatan berpuas hati dengan pencapaian Mika.

"Nampaknya, kau boleh cadangkan kepada Mika untuk cabar pelatih lain. Point yang dia miliki sudah selayaknya"

Mata Lucian tertutup. Macam mana nak terangkan yang Mika ni cabar si Authur tu.

Bunyi pintu dihentak kuat menghilangkan keresahan Lucian.

"Si Mika berani cabar aku depan-depan dan perlekahkan kehebatan aku." Tanpa sebarang hormat, Authur terus mendekati En Drako.

En Drako menguntum senyuman. Nampaknya, tidak salah aku memilih orang.

"Kalau macam tu, saya akan mempersiapkan gelanggang."

"Sebelum itu, aku nak kau dan Aidan untuk membuat senarai nama untuk dihantar ke base Diamond. Projek mereka hampir siap. Mereka perlukan kawalan agar data mereka tidak dicuri secara manual. Proff Engress juga risau dengan ura-ura yang mengatakan ada pengkhianat di kalangan mereka."

"Berapa yang tuan perlukan?"

"10 orang."

..

Suasana pada malam itu sangat riuh apabila pengumuman perlawanan di antara Mika dan Authur diumumkan. Ramai pelatih yang berpusu-pusu ke dewan.

Mika dan Authur berdiri menghadap ke arah masing-masing.

"Syarat pertandingan, anda boleh menggunakan apa-apa senjata dan tidak boleh sama sekali untuk ke luar gelanggang. Jika ada sebarang peraturan yang dilanggar, secara automatik dia akan terkeluar dari permainan."

Authur memandang Mika dengan pandangan mengejek.

Selang beberapa minit, wisel dibunyikan menandakan bahawa pertandingan sudah dimulai.

Authur memulakan serangan dengan menggunakan kakinya untuk melakukan serangan upper kick beberapa kali diselangi dengan middle kick.

Mika terus mengelak dan defend menggunakan tangannya. Aku perlu melakukan sesuatu. Mika berfikir sambil matanya memerhati badan Authur. Dia tahu, Authur ada menyembunyikan pisau kombat di bahagian kakinya.

"Itu sahaja yang kau mampu buat. Menahan guna tangan keding." Authur segera memusingkan badannya dan memeluk leher Mika dari belakang. "Kalau kau tidur dengan aku malam ni, aku tidak akan ambil satu pun pingat kau kalau kau kalah."

Mika mula meloncat ke atas dan memusingkan badannya 360 darjah. Dia berakhir dengan mendarat di tengkuk Authur. Tangannya yang kecil, dia gunakan untuk cucuk mata Authur.

Jeritan Authur bergema satu dewan. Ramai penunton yang bersorak.

Mika mengambil kesempatan tersebut dengan meloncat ke belakang dan menendang Authur sehingga terjatuh seperti nangka busuk.

Authur bangun pantas dan mula mengejar Mika. Tangannya yang besar mula memberikan serangan penumbuk bertubi-tubi. Apabila dia melihat Mika terjatuh, dia segera menyepak Mika berkali-kali. Mika sedikit terluka apabila badannya terkena pisau yang berada di kaki Authur.

Setiap tendangan Authur membuatkan Mika tergelak kuat.

Semua penonton memerhatikan Mika dan muka menjerit agar Mika menyerah diri.

"Kenapa kau gelak?"

Dengan pantas Mika mengambil pisau di kaki Authur dan menghayunkannya. Kaki Authur tergores sehingga menyebabkan darah mengalir deras dari kakinya.

Authur berjalan ke belakang dengan pantas menjauhkan diri dari Mika. Dia terduduk dan memegang kakinya. Kemudian dia mengoyakkan bajunya dan mengikat kakinya agar darah dapat ditahan.

Dari jauh, Mika berdiri sambil menjilat pisau. "Takut?" Mika berjalan perlahan-lahan ke arah Authur.

Authur mengeluarkan pistolnya dan menembak Mika berkali. Namun, mika berjaya mengelak dari ditembak.

"Stop." Jerit Mika.

Authur memandang Mika yang berdiri tegak di hadapannya.

Mika duduk mencangkung dan meletakkan kepalanya di bucu pistol Authur. "Dalam ni tinggal 1 peluru. Tapi jika aku bernasib baik, mungkin pistol ini yang kurang satu perlu. Jika kurang satu peluru, yang malangnya.." Mika menekan-nekan luka yang ada di kaki Authur.

Authur terus menembak Mika dan mengerang kesakitan.

Mika tersenyum dan terus meletakkan pisaunya di leher Authur. "Ting.. Kau kalah." Matanya memandang badan Authur yang bergerak ke belakang melepasi keluar gelanggang.

"Tahniah kepada Mika kerana menang dalam perlawanan ini. Jumlah point yang diterima Author sebanyak 4 015 dan 10 pingat emas akan diserahkan kepada Mika dan secara automatik, Mika memegang point tertinggi di base Witch."

Mika berdiri sambil membersihkan bibirnya kerana kesan darah di pisau yang dijilat tadi menggunakan ibu jarinya. "Kalau kau cium kaki aku, aku akan pilangkan suku dari point yang aku ambil."

Authur hanya memandang Mika dengan hati yang berombak menahan marah.