Wednesday 29 August 2018

MATANG

Bila kita sering memuji orang.. Menyayangi orang.. Menyanjungi orang.. Tanpa kita sedar, dia juga manusia biasa yang terkadang terbit di hatinya bahawa aku bukanlah yang terbaik..

Aku tersenyum bila ramai di kelilingku sangat memujaku dan anggap apa sahaja kesalahan atau dosa yang aku buat tu sangatlah kecil jika nak dibandingkan dengan apa yang aku alami.. Yup, dipuji kerana pelajar dekan, sangat aktif dalam persatuan pelajar, pelajar tahfiz dan sebagainya..

Tapi, nak sahaja aku jerit, 
"Aku bukanlah yang difikir korang.. Yup, aku selalu zahirkan kejahatanku.. Membuktikan yang aku bukanlah yang terbaik.. Tapi.."

Yup, tersekat lagi kerongkongku untuk menjerit..

Maybe orang tengok.. Akulah manusia yang paling bahagia.. Namun, tidak.. Aku diuji dengan pikiran yang korang sendiri takkan sangka.. 

Oleh itu, wahai sahabat..

Aku ingin ingatkan bahawa, terkadang manusia bukan sahaja diuji dengan kesusahan dalam mencari rezeki atau kesusahan dalam institusi kekeluargaan.. boleh jadi seseorang itu diuji dengan serangan pemikiran, serangan akidah, serangan trauma dan sebagainya..

Dan juga, aku ingin ingatkan.. terkadang, manusia tu dia mampu berhadapan dengan semua ujian.. Contoh, dia x de duit, kawan x de, kerja bankrap dan sebagainya.. Namun perkara tu x buat dia lemah malah dia gembira dengan apa yang dilaluinya.. Cuma, apabila datang ujian yang kita anggap remeh seperti hilang buku nota 55 dia rasa sangat tertekan dan merasakan itu adalah ujiannya yang terbesar..

So, janganlah kita menilai seseorang itu yang terbaik kerana tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini..

Dan aku sangat tidak suka orang menganggapku seorang yang baik..