Tuesday 15 November 2016

NIQABIS kerrrr?

Apa beza setiap manusia? yes, ramai orang tahu, tahap iman adalah sesuatu yang membezakan setiap manusia.. Tapi, ni bukan point yang saya nak sampaikan.. seperti berdasarkan tajuk diatas..

WHY AND WHO?
Cuba tgklah di laman sesawang kini.. Ramai gadis berniqab yang ashik berposing cantik dan ntahap menggoda mengalahkan wanita biasa.. Niqab yang dulunya tujuannya untuk mengelak fitnah kini telah membawa fitnah.. Niqab yang dulunya istimewa kini telah jatuh kehinaan.. Memang tidak semua manusia itu baik dan mempunyai kelemahan masing-masing.. Tetapi, sedarkah kita yang akibat nila setitik rosak susu sebelanga..

CERITA SAYA..
My sister was very sad about niqabis nowadays.. Why? Dia rasa malu sebagai dia seorang yang pemakai perdah.. Why? Dia rasa dia nak buka perdah.. Why? Dia rasa apa yang orang lain buat tu pun sama macam dia..
Memang.. Adik saya tidaklah sebaik Saidatina Fatimah dari segi ilmu dan adabnya.. Tapi, dia cuba untuk belajar hipokrit just for save the name of niqabis.. hipokrit benda baik tu tak salah.. Dah kita nak jadi baik, alang-alang tu teruslah kan.. But, people nowadays make my sister very disappointed..
So, she had to change.. Tinggalkan amalan berpurdah or keep and tell the world that she's different.. And I'm proudly says.. She is my sister and she choose to tell the world..

So, bagi sesiapa yang pernah jumpa golongan yang ALA-ALA NIQABIS ALIM tu, harapnya jangan letakkan kat minda anda itu semua para NIQABIS itu sama..

Wednesday 9 November 2016

Kehebatan seorang IBU

Ada orang cakap yang mereka tak cukup masa nak baca quran sebab bila balik rumah je lepas kerja sibuk dengan aktiviti harian.. Mengemas, memasak, kerja, assignment, bla..bla..bla.. Ni saya nak ceritakan sikit tentang kisah benar yang memang membenarkan..

Mak itu idola saya..

Mak saya pagi mesti bangun sejam awal dari kitaorang sebab nak masak..basuh baju.. gosok baju.. siap-siap untuk gi kerja. kejut anak dia sorang-sorang yang hampir semuanya liat bangun.. dan apa yang menakjubkan.. semua orang tu adalah kami lapan beradik.. Bayangkan ada di antara kami dah besar dah pun.. boleh je nak tolong mak bangun and tolong-tolong apa yang patut.. tapi still bila mata celik je mak dah bangun dulu.. benda semua dah settle and kitaorg just tinggal sarung baju je.. kecuali kita-kita yang besar-besar nilah. yang hakak-hakak 2 orang ni.. yang abang-abang semua mak dah gosokkan baju.. hakak-hakak cerewet sikit.. so, lps tu ak keluar rumah pukul 7 hantar kitaorang sorang-sorang sampailah adik yang duduk rumah mak angkat.. then pergi kerja pulang pukul 5.. balik je terus kemas rumah, then lipat baju, menjahit bla..bla..bla.. lepas maghrib.. mak kitaorang stop semua kerja and soalat and mengaji.. malam rehat.. tapi, still adik-adik kecik merengek nak susu lah..garukan badan sebelum tido.. tahu-tahu kitaorang dah tido tak tahu mak tido pukul berapa..

so, moralnya di sini.. segala jenis ubudillah yang kena memperhambakan diri or bukti kecintaan Allah dan rasul tu sebenarnya suatu yang merehatkan bukannya memenatkan.. Salah kalau kita kata  x de masa nak ngaji.. penat lepas kerja or what ever.. Kalau korang masih tak Nampak di mana kerehatan tersebut, sama-samalah kita semua memaksa diri untuk mencari kerehatan tersebut..

BTW.. I proudly mention.. That is my MUM..

Tuesday 8 November 2016

BERkat

Tahu tak, selain doa mak ayah, berkat doa tu juga dating dari seorang guru? Tak Tahu? ok, nak bagi tahu yang berkat tu juga dating dari seorang guru.. Biarpun guru tu Nampak macam memperlekehkan kita, still.. dia telah menyampaikan ilmu yang akan membuatkan kau terfikir pada masa depan..

Ramai kita dengar tentang pelajar sakit bertahun-tahun akibat tidak menjaga adab dengan guru.. Nak minta maaf, guru tu dah menutup mata buat selama-lamanya..

Point kat sini, saya nak Tanya, kenapa zaman sekarang guru is NOTHING? Sedangkan kalau tak de mereka, masa depan kita is NOTHING too.. Sedih sangt bila dengar criminal kat penjara sekarang ada insan yang mulia iaitu GURU..

Tahu tak, Kalau tak de guru ni, kau merempat? Guru ni mereka ada impian lain, tapi mereka menundukkan diri mereka dengan gaji yang sikit sebab tak nak tengok masa depan bumi ni penuh dengan kebodohan.. Still, there are more than what we tought, full of stupid people.. Manusia sekarang pandai sehingga mereka pandai memperbodohkan diri untuk tidak menjaga adab..

Tepuk dada Tanya iman..

Tuesday 25 October 2016

REST a BIT

"Bahasa apa yang aku guna dalam tajuk ni?"
hahahaha
Ni sebab otak terlebih muatan dengan fomula mathematic dan berates-ratus vocab English.. Cuti breakmidterm sem aku penuh dengan assignment..
Tapi, sesibuk mana pun kita.. Aku terfikir.. Aku ni baru sibuk sikit.. Cnnerlah orang yang lagi sibuk tu TAPI.. Still sempat solat, ngaji, zikir,baca quran and lain-lain.. Tabik ah.. Aku try gak jadi cnggitu.. Tapi, belum mampulah nak buat semua..
Dalam sesibuk aku try tu, aku sedar beberapa perubahan aku.. Aku rasa masa aku sentiasa mencuupi dan badan pun tak rasa penat.. See? Aku dapat simpulkan yang MASA yang kita gunakan untuk jalinkan hubunga dengan Allah tu sebenarnya adalah masa REHAT.. kita rehat jap dari hal dunia dan sandar pada pangkuan Allah..
BEST TAU!!!

Wednesday 12 October 2016

reMIND

Allahu.. lama sudah aku tak tulis kat blog ni..
reMIND? apa yang terlintas kat fikiran korang bila baca tajuk ni?

Satu cerita yang aku nak kongsikan..
Hari ni aku memang sangat sibuk, aku kena bangun awal pagi dan berada di kolej seawall 7 pagi untuk membuat group discussion memandangkan ada ahli yang mempunyai kelas. dan discussion tu berlarutan sampailah tengahari.
Petang pula aku ada kelas sampailah pukul 6, akhirnya aku berhenti di Musolla untuk sambung buat assignment memandangkan wifi di kolej free.. Alang-alang ada di musolla.. aku pun nak solat asar.. malangnya air tak de.. so, terbit niat di hati nak ponteng..
Tahu apa yang jadi?
Menjadi rutin harian aku, aku akan kutip sampah di lantai kalau aku Nampak.. Then, aku Nampak stiker note yang tertulis perkataan SOLAT:).. deep sangat~~.. So, aku terus gagahkan diri aku untuk amik apa yang penting di internet dan segera pulang ke rumah dan solat.. Assignment tu aku sambung buat kat rumah je..

MORALNYA..
Kekadang benda yang kecik kita buat baik.. Insyaa Allah.. bila kita baru niat nak buat jahat.. pasti akan dating peringatan daripada Nya..

SMILE AND PRAY..

Saturday 10 September 2016

HIPOkrit

Aku sedar, sesetengah manusia rasa selesa menjadi diri yang sebenar.. Menjadi diri yang sebenar memang penting sebab kita jujur dengan diri sendiri dan orang lain.. Tapi, orang yang hipokrit juga x kalah ramainya.. Senang citer dlm bumi ni, dua-dua jenis manusia ni wujud..

Aku pernah tanya diri aku, aku tergolong dalam golongan mana? Aku suka mnjadi diri sendiri.. Tapi, diri aku ni teruk sgt.. Aku suka hipokrit.. Tapi, aku benci penipuan.. so, apa yang patut aku lakukan?Aku tergolong dalam manusia yang macam mana?

Bila difikirkan balik.. Aku benci orang yang berkata tentang aku yang hakikatnya setiap perkataan yang dikatakan oleh orang tu x sama langsung dengan sifat aku yang sebenar.. So, disebabkan itu aku mula mnjadi seorg pndiam dn bermulalah kehidupan hipokrit aku..

Aku pernah mendengar senior aku cakap; setiap kebaikan kekdang bermula dengan sifat hipokrit.. So, bila dah agak lama aku menjadi hipokrit aku mula perasan yang setiap benda yang aku buat pada mulanya berniat salah, sifat tu makin lama menjadi sebati dalam diri aku..

So, moralnya.. Sesuatu sifat negative yang Allah wujudkn tu sebenarnya klu kita ubah dia.. mesti boleh jadi sesuatu yang berguna dalam diri kita.. POSITIFKAN DIRI ANDA AGAR DAPAT MENUKAR SIFAT NEGATIF DALAM DIRI ANDA..

Tuesday 6 September 2016

POSITIF vs negaTIF

Sekarang ni aku banyak lah juga baca pasal kondem artislah.. berita yang lain dari apa yang dibuat.. Tarik diri dari lakukan perkara baik.. semuanya satu je.. pemikiran NEGATIF..

Bila aku buka Facebook, or Twitter, or Instagram or whatever laman IT lah zaman sekarang ni, aku banyak tengok sesuatu yang negative yang diuploadkan.. Contohlah; perbualan korang dalam wasap discreenshootkan dan diuploadkan di media social and memasing duk cemuh perbualan tu.. ataupun bila org mengepost sesuatu yang positif (even negatif pun) mesti banyak je komen yang negatif dan aku yakin 200%.. dari 10 orang yang komen, mesti ada 8 orang yang akan komen benda negatif..

Perkara ni, seolah-olah perkataan positif tu boleh dijumpai dekat muzium Melaka je.. Dah jadi sejarah..

Aku x ckp, semua perkataan negatif tu salah.. Sbb aku yakin, semua perkara yang Allah wujudkan pasti ada hikmah.. And bagi aku perkataan negatif tu wujud hikmahnya adalah untuk tujuan keselamatan..

So, kita yang dah makin tua ni, yang macam nak dekat nenek-nenek and datuk-datuk ni lah yang kena tunjukkan contoh yang baik agar Bahasa positif ni x jadi bahan purba yang boleh menyebabkan generasi akan dating ni "jakun" dengan perkataan or perbuatan yang positif..

Sunday 4 September 2016

NEWWORLD bagai dalam genggaman

Setiap pagi, bila aku bangun benda fes skali mesti aku akan tengok fon.. Doa x baca.. Bila dah lama sikit baru teringat.. Pape pun, aku yakin, ramai yang bangun pagi-pagi cenggini mesti rasa macam nak mulakan hidup baru.. Terapkan aura positif..

Aku, bila aku bangun je aku akan rasakan "yes, ni peluang aku nak lakukan perkara yang semalam aku x buat"... "aku x nak lakukan perkara teruk semalam".. "aku nak lupakan sejarah hitam aku".. And aku x lupa untuk SENYUM.. Trademark aku.. So, bila aku terapkan perkataan atas tadi, mesti aku rasa diri aku seolah-olah orang yang baru masuk islam.. Suci daripada dosa..

Nabi SAW sender pernah bersabda; MAFHUMNYA;

"Muslim yang baik adalah muslim yang hari ni dia lebih baik dari semalam"

MIskin VS kaYA

Rasulullah SAW pernah bersabda;

"Ya Allah, hidupkan aku sbagai orang miskin, matikan aku sebagai orang miskin dan bangkitkan aku di Padang Mahsyar bersama GOLONGAN MISKIN"

Rasulullah SAW juga pernah bersabda;

"Tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah" -Musnad Imam Ahmad-

Aku termenung dua hadith ni bila aku baca buku Adab Murid karangan DR MAHMOUD MRGLANI.. Sangat beruntung orang miskin yang benar-benar beriman tambahan yang suka bersedekah.. x perlu mencari Rasulullah di akhirat kerana Rasulullah sendiri nak bersama mereka..

Bila aku termenung hadith ni, aku kagum dengan orang miskin kerana mereka sanggup jadi miskin sedangkan aku x sanggup berlapar sikit pun.. Cita-cita aku nak jadi orang kaya.. so, bila baca hadith ni aku sedih sangat sebab aku rasa macam aku telah melepaskan peluang untuk jumpa nabi SAW.

Tapi, bila aku baca hadith kedua tu, aku sedar.. KAYA.. MISKIN.. Allah jadikan penuh hikmah.. kita yang menentukan apa yang kita lakukan bila kita memegang title "si orng kaya" mahupun "si orang miskin"..

Aku yakin.. si orang kaya sendiri pun pasti ada ujian lain dan jalan penyelesaian lain untuk bangkit bersama nabi.. Klu tidak, mana wujudnya para sahabat yang kaya seperti Saidina Uthman? mana wujudnya pembeli hamba Saidina Abu Bakar?

Sebab tu aku yakin..

Pelakon EKSTRA

Ramai manusia sekarang berlumba-lumba menjadikan diri mereka watak utama dalam hidup mereka.. Tapi, x ramai manusia yg nak jadikan diri mereka watak tambahan agar jalan cerita watak utama gembira..

Tahukah anda?

Watak tambahan ni merupakan hiasan yg menghasilkan jalan cerita menarik? Watak tambahan ni yang menghidupkan lagi suasana yang mencabar? Bergaji sedikit tetapi dapat menghasilkan jalan cerita yang tidak memboringkan?

Tahniah kepada mereka yang menjadikan diri mereka watak tambahan dalam kehidupan seseorang..