Friday 10 April 2020

Mika - Chapter 4

2 bulan kemudian.

Latihan combat hari ini diganti dengan latihan menembak kerana guru pengajar tidak dapat menghadirkan diri pada saat akhir. Suasana begitu riuh apabila guru yang diganti masih belum tiba.

"Aku dengar, Proff Engress sedang mengawal ketat setiap base sebab ada dikalangan kita semua yang sudah bersedia untuk menjadi pengkhianat untuk merosakkan projek mereka yang bertahun mereka cipta." Edana tersenyum sambil menyelak buletin iluminati.

"Siapa yang berani menjadi pengkhianat tu?" Lirikan mata Amber memerli Mika dari jauh yang sedang berlatih menggunakan senapang.

Mika hanya memekakkan telingannya. Baginya, dia tidak ada masa untuk melayan perkara remeh seperti itu. Dia perlu menjadi kuat supaya semua orang tunduk padanya.

Tiba-tiba, bahu Mika dirangkul oleh Acelin. "Jangan layan diaorang. Lebih baik kau layan aku."

Mika mengambil tangan Acelin dan memulasnya ke belakang.

"Hey, kau nak tunjuk hebat ke!"

Bunyi derapan kaki Amber berjalan laju ke arah Mika tidak langsung menggetarkan jiwa Mika. Mika terus sambung melakukan latihannya.

Amber menarik kolar Mika.

BAM!

Semua terdiam.

"Kalau kau anak murid kesayangan Madam sekalipun, aku tidak teragak-agak untuk menembak. Daripada kau sibuk cari pengkhianat, lebih baik kau cek diri kau samada kau adalah pengkhianat tersebut."

Tembakan Mika yang tepat mengenai rambut Amber dan menyebabkan rambutnya sedikit pendek di bahagian kiri hanya mampu membuatkkannya terdiam. "Kau tidak akan lepas dari perkara macam tu. Target kau pun, aku tak pernah nampak kau tempak dengan tepat!"

Amber menggunakan kelemahan Mika kerana dia tidak sekalipun melihat Mika menembak mangsa sepanjang latihan.

Tanpa melihat papan dek, Mika terus menembak tepat di tengah bulatan dek sebanyak 5 kali. "Cukup? Aku tak pernah tembak manusia lagi sebab aku save benda tu dekat orang yang betul-betul aku nak je." Insyarat mata Mika cukup memberi maksud yang dia ingin menembak Amber.

"Semua berkumpul. Sarjan Athan sudah datang."

..

"Tugas kalian hari ini adalah memburu 5 orang tahanan yang aku sudah lepaskan dalam ruangan 2. Siapa yang mampu membunuh antara 5 orang, aku akan bagi dia lencana emas bagi setiap seorang yang dibunuh. Ingat, misi kalian membunuh 5 orang ini. Jika ada yang menghalang, kalian boleh menggunakan pelbagai cara untuk memastikan misi kalian berjalan dengan lancar."

Dia Base Witch, mereka dinilai dengan menggunakan lencana. Lencana gangsa hanya mewakili 3 point, lencana perak mewakili 8 point manakala lencana emas mewakili 15 point. Jika mereka mampu mengumpulkan 100 point, mereka layak untuk mengutarakan perlawanan di mana perlawanan tersebut adalah untuk mengambil separuh point pihak lawan.

Jika mereka berjaya mengumpulkan 1000 point ataupun mengalahkan pelatih yang membunyai point tertinggi, namanya akan diserahkan kepada pihak atasan untuk diserap ke dalam team satan dengan syarat, harus lulus beberapa ujian.

Semua pelatih diarahkan masuk ke ruangan 2 di mana ruangan tersebut mempunyai keluasan 10 ekar. Ruangan trsebut dihiasi dengan pelbagai bagunan rekaan untuk melindungi diri.

Semua pelatih hanya dibekalkan sepucuk pistol dengan 15 biji puluru dan satu pisau kombat.

Mika mencari tempat yang sesuai untuk menyembunyikan dirinya. Dia tahu, dia mungkin dikepung oleh beberapa orang yang cuba mengambil kesempatan mencederakannya.

BANG

Bunyi aksi tembak menembak telah bermula. Mata Mika tajam memerhati sekeliling. Dia juga menggunakan kaca yang dijumpainyya untuk melihat sisi buta.

Tiba-tiba, dia melihat seorang wanita berpakaian oren sedang ketakutan bersembunyi di sebalik pokok.

Wajah Mika mempamerkan riak yang menjengkelkan. Dengan pantas, badannya bersedia untuk menembak wanita tersebut.

BANG

Mika berpaling ke arah seorang yang sedang berada sejauh 50 meter dari kedudukannya. Keene, salah seorang musuh ketatnya cuba menyerang mangsa yang sama, namun dengan sengaja dia hampir menembak Mika.

Mika tersengeh sambil mengeluarkan lidahnya, dia berguling ke arah yang lebih selamat. Mika memerhati satu kain yang berada di dahan pokok, tepat di atas kepala Keene. Dengan dua kali tembekan, dahan tersebut jatuh ke atas kepala dan kain tersebut menghalang pandangan Keene.

Wanita yang bersembunyi tadi sudah berlari ke arah lain. Mika mengejar perlahan sambil berhati-hati jika ada pelatih lain yang cuba melakukan adegan yang sama.

BANG

Nasib Mika baik kerana dalam masa dia mengejar wanita tadi, dia melihat seorang lelaki juga sedang berlari perlahan. Dia berjaya membunuh dua mangsa.

Mata Mika menangkap Amber yang hendak menembaknya. Mika segera menyembunyikan dirinya, namun tembakan Amber terkena pada bahunya. Mika mengoyakkan seluarnya dan terus mengikat bahunya sepantas kilat.

Matanya tidak lari dari memerhati sekeliling. Budak tu memang tempah maut. Dengan kudrat yang ada, Mika memanjat bagunan dan bergayut di atas celahan bagunan. Dia mencari susuk tubuh Amber.

Mika menggerakkan badannya tanpa sebarang bunyi. Dia cuba menahan sakit bahunya. Baginya, itu bukanlah sakit yang luar biasa seperti di dalam penyiksaannya.

"Aku nampak minah tu ada dekat sini. Aku berjaya tembak bahunya."

Acelin setuju dengan kata-kata Amber.

"Arghh."

Acelin melihat kaki Amber yang mula mengalirkan darah. Amber tidak boleh bergerak kerana pisau tersebut sangat dalam. Dia cuba menyentap keluar pisau tersebut.

"Dari mana pisau ni datang. Kod kombat ni nampaknya dari Mika."

Amber dan Acelin memerhati sekeliling.

Mika menjatuhkan dirinya tepat duduk di tengkuk Acelin dan menggulingkan badannya sehingga Acelin berputar 360 darjah ke atas dan berakhir dengan Mika duduk di belakang Acelin. Tangannya sempat mencuri postol Acelin dan mengarahkannya ke Amber manakala tangan sebelahnya lagi ke kepala Acelin.

"Permainan kanak-kanak ni masih mentah untuk korang."

BANG

Amber menutup matanya.

Acelin memandang seorang wanita berpakaian oren yang jatuh terkulai di semak samun belakang Amber.

"Latihan tamat. Tahniah kepada Edana kerana berjaya membunuh seorang, Pilan kerana berjaya membunuh seorang dan Mika kerana berjaya membunuh 3 orang."

Mika tersenyum puas dan melepaskan Acelin. "Tunggu 100 tahun lagi sebelum kau berjaya bunuh aku."

..

Tuesday 7 April 2020

Mika - Chapter 3

Hari ini merupakan hari terakhir Aisyah diseksa. Jika dia masih berkeras tidak mahu keluar dari agamanya, Danial terpaksa membunuh Aisyah dengan penuh tragis seperti apa yang disuruh oleh pihak atasan.

Badan Aisyah yang lemah duduk di dalam sangkar besi diarak menuju ke suatu tempat yang dipercayai itulah tempat pengakhirannya. Semua manusia yang berada di luar sangkar berkumat-kamit membaca mantera dengan harapan Aisyah akan menerima cahaya agama mereka.

Aisyah sempat memandang Emerald sekilas.

Kenapa aku? Air mata Aisyah mengalir sedikit demi sedikit.

Kenapa aku yang perlu korbankan agama aku untuk orang lain demi menjaga agama Islam sedangkan adik aku Allah bagi nikmat yang cukup sehingga mampu mengangkat martabat Islam? Engkau tidak adil.

"Kak." Ruby menarik lengan baju Emerald.

Aku benci perasaan ini. Setelah seminggu Kau kuatkan iman aku, kenapa hari ini baru kau hadirkan dalam diri aku akan rasa takut dengan kematian? Apakah Kau benar-benar hendak aku berdiri di tepi neraka? Aisyah menutup matanya.

"Berhenti."

Paderi Wanita yang mengetuai upacara perarakan memberi isyarat agar semua diam. "Ada apa yang ingin disampaikan?"

Aisyah memandang anak mata paderi dihadapannya. "Kau akan jamin, aku akan dihormati oleh kesemua orang yang ada di sini melebihi Khadijah?"

Paderi wanita tersebut tersenyum sambil matanya melihat sekilas ke arah satu tingkap yang berada di tingkat 3 seolah memberi isyarat. "Jika kau dapat buktikan yang kau boleh kalahkan adik kau."

"Apa yang akan aku dapat? Agama bukan benda kecil."

"Segalanya. Malah, kaki kau yang rosak itu bakal digantikan dengan kaki yang lebih berkuasa dan akan menyebabkan kau tidak akan pernah berfikir untuk berpatah balik."

Aisyah menarik tengkuk paderi wanita tersebut. "Kalau macam tu, kau kena pastikan aku dilatih dengan tepat sehingga bila aku dijual, harga aku tidak mampu dibeli oleh orang lain."

"Mika."

Semua yang hadir menundukkan dirinya menunjukkan tanda hormat kepada ahli baru mereka.

..

Emerald memeriksa kaki baru Mika. Dia cuba memastikan kaki Mika ini dapat diprogram untuk seni mempertahankan diri.

Seorang lelaki masuk ke dalam ruangan tersebut dan mengarahkan semua yang ada keluar dan membiarkan dia, Emerald dan Mika.

"Perkenalkan, ini Lucian yang akan menjadi pengiring awak sepanjang berada di sini."

Lucian menghulur tangannya.

"Sebentar lagi, kau akan dibedah agar kami dapat memasukkan cip khas anggota kami ke dalam tubuh awak. Selepas sahaja cip tersebut masuk ke dalam tubuh awak, orang yang awak kena percaya hanyalah Lucian. Awak kena berhati-hati. Jika kami memberi tanda seperti ini, itu maksudnya cip tersebut sedang dikawal oleh pihak kami."

Emerald membuat gerakan mata menghadap ke kiri 2 kali dan ke kanan sekali.

"Cip tersebut mampu merakam suara dan mengesan kedudukan tepat di mana kita berada." Lucian menambah.

"Kalau tak masukkan boleh ke?" Mika mempersoalkan.

Lucian menggeleng kepala. "Kalau tak, diaorang akan curiga."

..

"Lucian sudah clearkan minda budak tu?" Suara garau En Drako bergema.

Danial menundukkan kepalanya dengan penuh hormat. "Selepas ini, saya cadangkan Mika akan berada di bawah pengawasan Lucian."

"Kenapa bukan kau?"

"Proff Engress telah beri tanggungjawab untuk pergi ke base Diamond untuk pantau projek mereka yang hampir 90% siap. Mereka harap agar saya dapat bawa team untuk pantauan keselamatan."

"Bila kau akan bergerak ke sana?"

"Saya akan gerak ke sana bersama team Diamond yang ada di sini. Saya akan bawa 10 orang untuk berkawal di sana." Daniel menyerahkan lembaran kertas maklumat petugas yang bakal mengikutinya.

"Jika kau perlukan petugas tambahan, boleh maklumkan kepada aku."

Suasana sepi untuk beberapa minit. Daniel terus menundukkan kepalanya menunggu arahan dari En Drako.

"Pastikan Lucian betul-betul latih Mika dengan baik. Aku akan jadikan Mika antara calon yang akan pergi ke base Satan."

Team Satan merupakan salah satu dari organisasi rahsia yang tertinggi di mana mereka mengumpulkan kesemua ahli yang betul-betul berada di pihak mereka. Squad ini merupakan otak segala anggota di mana ianya memastikan kesemua agenda berjalan seperti yang dirancang tanpa sebarang cacat cela.

Daniel menganggukan kepalanya. "Macam mana dengan Authur."

Authur merupakan ahli Witch yang terbaik. Namun, En Drako masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya. Kerana Authur tidak mempunyai disiplin yang baik malah selalu kalah dengan emosi.

"Kita akan tengok keputusan 3 bulan dari sekarang. Jika Mika mampu mencapai tahap kepuasan yang aku nak, dia bakal aku gantikan tempat Authur."

..

Wednesday 1 April 2020

Mika - Chapter 2

"Nama dia Siti Aisyah binti Abu Bakar. Dia merupakan calon untuk team witch di mana dia akan dilatih secara khas memandangkan Dr Richard terpaksa memotong kakinya atas kesalahan team kami."

Dari sebalik tingkap, Allnatt melihat Aisyah yang lemah digantung kedua tangannya dan kaki kananya juga diletakkan pemberat.

"Pada mulanya, dia bersetuju untuk bekerja sama dengan kita, tetapi apabila kita suruh dia keluar dari agama dia mula memberontak. Kami sudah pun memberi denda agar dia keluar dari agamanya."

Emerald memegang bahu Ruby. "Ini kali pertama awak tengok perkara maam ni. Jika ada yang diresahkan, bagitahu."

Ini kali pertama Ruby dapat keluar dari terperuk di bawah tanah untuk membuat kajian. Dengan pertolongan Emerald, dia dapat melihat suasana baru biarpun ianya masih di bawah tanah. "Jangan risau, saya akan menjalankan tugas dengan baik."

"Kenapa tidak dibunuh sahaja. Dia bukannya ciri-ciri orang yang Encik Drako nak."

"Pihak yang bertanggungjawab lambat melakukan tugas, Khadijah telah dikawal ketat oleh pihak kerajaan Malaysia apatah lagi kita baru setahun menculik pelajar dari Italy. Saya tidak tahu macam mana kerajaan mereka tahu tentang perancangan ini dan yang pastinya, mereka sedang mengawal ketat lapangan kapal terbang mahupun perlabuhan mereka."

"Kalau kita berjaya menjadikan dia ke pihak kita, sekurang-kurangnya, Khadijah bukanlah satu ancaman."

Sayang kalau budak ni cuba pertahankan diri sampai ke akhir. Budak ni sesuai untuk bekerjasama dengan kita. Emerald memandang Aisyah yang sedang disebat oleh seorang petugas. Dia cuba mencipta method terbaik agar Aisyah menyerah diri.

..

Aisyah melihat dirinya diarak di dalam satu ruangan seperti gereja dan diperhatikan manusia yang memakai kain menutup keseluruhan badan. Bunyi bacaan mantera menggunakan bahasa yang tidak difahaminya bergema masuk ke dalam telinganya. Badan Aisyah lemah kerana terus digantung.

"Mother, dia adalah salah seorang yang tidak mahu menyerah diri." Danial, salah seorang pengiring yang menemaninya dari hari pertama dia disiksa menundukkan kepala di hadapan seorang wanita muda yang memakai pakaian labuh mewah dengan pelbagai hiasan.

Wanita itu mengarahkan Aisyah diletakkan di atas pentas. Dia berjalan mengelilingi Aisyah sambil merenjis air suci dan membaca mantera jampi.

Aisyah menarik nafas panjang. Ya Allah, kesesatan apakah yang aku tengok ni. "Allah.. Allah.." Aisyah menggunakan keseluruhan tenaganya untuk menguatkan imannya.

"Kau masih tidak mahu menerima upacara ini. Kau sudah sesat dan terpengaruh dengan ajaran karut itu!"

"Kau sebenarnya karut! Jika benar agama kau benar, buktikan pada aku, syaitan itu dicipta daripada apa!" Aisyah cuba berbicara dalam bahasa inggeris.

"Bodoh amat kamu. Sudah semestinya daripada api."

"Jika daripada api, maka dia lemah kerana api kalah dengan air. Sedangkan Allah aku sendiri tidak tahu Dia diciptakan daripada apa sebab Allah bukanlah dicipta tetapi Dialah mencipta." Aisyah tersengih mengejek.

Wanita tesebut berang. "Tapi, tuhan engkau tidak dapat menyelamatkan engkau. Dia biarkan engkau disiksa begini."

Aisyah menguatkan dirinya menendang wanita dihadapannya menggunakan kaki yang ada sekuat hati. Wanita tersebut terjatuh. "Ini buktinya! Aku mampu menendang kau yang kuat ni sedangkan aku sudah 3 hari tidak menjamah apa-apa melainkan air kotor."

Semua yang hadir mula melontarkan batu ke arah Aisyah sebagai balasan kerana berani menolak wanita yang dianggap suci. Perbuatan Aisyah dianggap satu penghinaan.

Hati Aisyah terus mengucap syahadap sebagai penguat diri.

Wanita tersebut mengangkat tangan untuk menghentikan perbuatan semua yang hadir. "Hati dia masih suci kerana dia tidak faham dengan fahaman ini. Dia cuma terpengaruh."

Aisyah geli dengan aksi kepura-puraan wanita dihadapannya.

"Nampaknya, fikiran kau kosong kerana tidak mampu berfikiran dengan baik di dalam perut yang kosong. Daniel, bawakan minuman dan makanan tersebut."

Daniel mengarahkan seorang lelaki membawa masuk dulang berisi air bewarna merah dan sepinggan buah dan menyuap Aisyah perlahan-lahan.

Aisyah cuba mengeraskan dirinya. Namun, badannya yang lemah tidak mampu menolak makanan yang disuapkan. Apa yang di bagi minum ni. Masam sangat ni. Ya Allah, kau lindungilah aku. Tiba-tiba Aisyah muntah dan badannya menggeletar.

Ruby yang melihat dari jauh kagum dengan ketabahan hati Aisyah yang tegas dengan pendiriannya. Ruby tertanya-tanya apakah kuasa yang mampu Aisyah bertahan sampai begitu sekali.

Allnat menepuk bahu Ruby agar tidak leka. "Ingat tujuan kita. Jangan rosakkan rancangan ini."

..

Aisyah membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat dirinya berada di dalam satu bilik kaca. inilah kali pertama dia dibaringkan setelah sekian lama dibiarkan gantung. Badannya diletakkan perlbagai wayar yang bersambung dengan sebuah mesin.

"On Ruby." Emerald memberi arahan kepada Ruby dengan isyarat tangan.

"Kau masih berkeras tidak mahu keluar dari agama?" Allnatt melihat Aisyah sambil berdiri jauh darinya.

"Aku tidak akan mengubah fikiran. Kalau untuk aku bantu organisasi ini, aku boleh bantu. Tapi, untuk tinggalkan agama, lebih baik aku mati. Bunuhlah aku." Aisyah tegas mengatakan pendiriannya.

Tangan Emerald meramas kepala Aisyah. "Kitaorang perlukan kau. Kitaorang bukanlah pihak diaorang. Kalau kau berjanji untuk keluar agama, kami akan jamin yang engkau selamat keluar dari tempat ini. Kami perlukan ramai orang untuk berada di pihak kami."

Aisyah tidak faham maksud di sebalik kata-kata Emerald.

"Tolong kami. Kami perlukan orang untuk hancurkan misi organisasi ini."

"Aku tidak akan sekali tukar agama."

Emerald merapatkan mulutnya ke telinga Aisyah. "Kalau kau nak tahu, Ruby itu asalnya orang Islam dan menghafaz keseluruhan al-quran. Tapi sayang, ingatannya hilang. Kami masih menjaga dia dan berharap dia dapat keluar dari tempat ini."

"Apa yang kalian mahukan?"

"Murtad dan terus ikut arahan diaorang sehingga waktu yang betul-betul sesuai. Jadilah orang yang palingg kejam dalam squad witch. Bantu kami. Dengan tindakan macam itu, kau akan menyelamatkan lagi beribu umat Islam."

"Emerald, saya tidak dapat tahan lagi." Ruby yang dari tadi cuba menaip sesuatu menjerit.

Allnatt memberi isyarat agar Emerald mengawal perbuatannya.

Aku harap, budak ni percaya kata-kata Emerald. Allnatt tahu jika seseorang itu adalah calon witch makanya, sangat susah hendak menarik mereka supaya berada di pihak mereka.

Allnatt merupakan ketua bagi satu pertubuhan rahsia di mana mereka yang terpaksa berada di bawah organisasi tersebut dan tidak bersetuju dengan perbuatan organisasi tersebut dikumpulkan untuk membuat perancangan menggagalkan misi tersebut. Namun, biarpun sudah 8 tahun mereka membuat pelbagai rancangan, mereka masih tidak mampu menjalankannya kerana kekeurangan orang yang kuat pertahankan diri. Cip yang berada di dalam badan mereka juga menjadi penghalang gerak kerja mereka kerana ianya dapat mengesan kedudukan an perbualan mereka.

Segalanya berubah dengan setelah kehadiran Ruby, Mereka berjaya memanipulasi rakaman cip tersebut biarpun hanya sementara dan mereka hanya perlu mencari beberapa squad witch untuk berada di pihak mereka.

"Apa yang kau fikirkan, fikirlah dengan jelas."

Emerald memancarkan gembar keluarga Aisyah yang sedang seronok di Langkawi.

"Diaorang ada di Langkawi untuk menerima anugerah pelajar bakat istemewa sedangkan anak mereka hilang tanpa kabar berita. Kalau kau berada di sini, kau dapat sanjungan dari kami semua." Allnatt tersenyum Dia tahu, dia perlu mengawal keadaan bilik tersebut memandangkan diri mereka diperhatikan di sebalik dinding kaca.

Aisyah melihat gambar tersebut tatapi dirinya tidak fokus. Dia cuba membaca suasana. Dia sebenarnya kurang faham dengan apa yang dibicarakan oleh Emerald biarpun banyak kali dia menghadam kata-kata Emerald.

Nampaknya, dia sudah termakan dengan kata-kata aku. Aku berjaya alihkan perhatiannya dari gambar tersebut.

..