Friday 28 May 2021

Mika - Chapter 5

Mika melangkah masuk ke dalam biliknya. Keluasan bilik yang hanya muat dengan katil dan almari dan bilik mandi terbuka, menjadikan ianya sebuah tempat berehat setelah seharian berlatih.

Mika memegang tangannya yang menggeletar kuat. Sabar Mika, kau hanya bunuh 3 orang. Diaorang bukan kawan kau. Diaorang adalah musuh kau.

Matanya tertutup sambil memikirkan kejadian latihan di ruangan 2. Dia tahu, itulah kali pertama dia membunuh orang. Sepanjang latihan, biarpun dia seharusnya menembak manusia, dia cuba mengelak.

..

En Drako kelihatan berpuas hati dengan pencapaian Mika.

"Nampaknya, kau boleh cadangkan kepada Mika untuk cabar pelatih lain. Point yang dia miliki sudah selayaknya"

Mata Lucian tertutup. Macam mana nak terangkan yang Mika ni cabar si Authur tu.

Bunyi pintu dihentak kuat menghilangkan keresahan Lucian.

"Si Mika berani cabar aku depan-depan dan perlekahkan kehebatan aku." Tanpa sebarang hormat, Authur terus mendekati En Drako.

En Drako menguntum senyuman. Nampaknya, tidak salah aku memilih orang.

"Kalau macam tu, saya akan mempersiapkan gelanggang."

"Sebelum itu, aku nak kau dan Aidan untuk membuat senarai nama untuk dihantar ke base Diamond. Projek mereka hampir siap. Mereka perlukan kawalan agar data mereka tidak dicuri secara manual. Proff Engress juga risau dengan ura-ura yang mengatakan ada pengkhianat di kalangan mereka."

"Berapa yang tuan perlukan?"

"10 orang."

..

Suasana pada malam itu sangat riuh apabila pengumuman perlawanan di antara Mika dan Authur diumumkan. Ramai pelatih yang berpusu-pusu ke dewan.

Mika dan Authur berdiri menghadap ke arah masing-masing.

"Syarat pertandingan, anda boleh menggunakan apa-apa senjata dan tidak boleh sama sekali untuk ke luar gelanggang. Jika ada sebarang peraturan yang dilanggar, secara automatik dia akan terkeluar dari permainan."

Authur memandang Mika dengan pandangan mengejek.

Selang beberapa minit, wisel dibunyikan menandakan bahawa pertandingan sudah dimulai.

Authur memulakan serangan dengan menggunakan kakinya untuk melakukan serangan upper kick beberapa kali diselangi dengan middle kick.

Mika terus mengelak dan defend menggunakan tangannya. Aku perlu melakukan sesuatu. Mika berfikir sambil matanya memerhati badan Authur. Dia tahu, Authur ada menyembunyikan pisau kombat di bahagian kakinya.

"Itu sahaja yang kau mampu buat. Menahan guna tangan keding." Authur segera memusingkan badannya dan memeluk leher Mika dari belakang. "Kalau kau tidur dengan aku malam ni, aku tidak akan ambil satu pun pingat kau kalau kau kalah."

Mika mula meloncat ke atas dan memusingkan badannya 360 darjah. Dia berakhir dengan mendarat di tengkuk Authur. Tangannya yang kecil, dia gunakan untuk cucuk mata Authur.

Jeritan Authur bergema satu dewan. Ramai penunton yang bersorak.

Mika mengambil kesempatan tersebut dengan meloncat ke belakang dan menendang Authur sehingga terjatuh seperti nangka busuk.

Authur bangun pantas dan mula mengejar Mika. Tangannya yang besar mula memberikan serangan penumbuk bertubi-tubi. Apabila dia melihat Mika terjatuh, dia segera menyepak Mika berkali-kali. Mika sedikit terluka apabila badannya terkena pisau yang berada di kaki Authur.

Setiap tendangan Authur membuatkan Mika tergelak kuat.

Semua penonton memerhatikan Mika dan muka menjerit agar Mika menyerah diri.

"Kenapa kau gelak?"

Dengan pantas Mika mengambil pisau di kaki Authur dan menghayunkannya. Kaki Authur tergores sehingga menyebabkan darah mengalir deras dari kakinya.

Authur berjalan ke belakang dengan pantas menjauhkan diri dari Mika. Dia terduduk dan memegang kakinya. Kemudian dia mengoyakkan bajunya dan mengikat kakinya agar darah dapat ditahan.

Dari jauh, Mika berdiri sambil menjilat pisau. "Takut?" Mika berjalan perlahan-lahan ke arah Authur.

Authur mengeluarkan pistolnya dan menembak Mika berkali. Namun, mika berjaya mengelak dari ditembak.

"Stop." Jerit Mika.

Authur memandang Mika yang berdiri tegak di hadapannya.

Mika duduk mencangkung dan meletakkan kepalanya di bucu pistol Authur. "Dalam ni tinggal 1 peluru. Tapi jika aku bernasib baik, mungkin pistol ini yang kurang satu perlu. Jika kurang satu peluru, yang malangnya.." Mika menekan-nekan luka yang ada di kaki Authur.

Authur terus menembak Mika dan mengerang kesakitan.

Mika tersenyum dan terus meletakkan pisaunya di leher Authur. "Ting.. Kau kalah." Matanya memandang badan Authur yang bergerak ke belakang melepasi keluar gelanggang.

"Tahniah kepada Mika kerana menang dalam perlawanan ini. Jumlah point yang diterima Author sebanyak 4 015 dan 10 pingat emas akan diserahkan kepada Mika dan secara automatik, Mika memegang point tertinggi di base Witch."

Mika berdiri sambil membersihkan bibirnya kerana kesan darah di pisau yang dijilat tadi menggunakan ibu jarinya. "Kalau kau cium kaki aku, aku akan pilangkan suku dari point yang aku ambil."

Authur hanya memandang Mika dengan hati yang berombak menahan marah.

No comments:

Post a Comment